PROMOSI

Pakej mesra Muslim jelajah 4 negara Eropah

REBUT peluang menziarahi masjid terkenal London, seperti Central Mosque, Masjid Baitul Futuh dan Masjid Fazl. Selepas mengunjungi London, lawati beberapa bandar menarik di Belgium, Italy dan Switzerland.

Itulah antara tarikan yang ditawarkan pakej pelancongan 13 hari, bermula 28 Julai hingga 9 Ogos ini, yang ditawarkan Global Travel dengan sokongan akhbar Berita Harian. 

Pakej ini menawarkan khidmat mesra pelancong Muslim, misalnya menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang dijamin halal.

Destinasi pertama bagi pakej pelancongan ini bermula dengan menjelajahi kota terkenal London. Peserta akan dibawa ke kawasan pelancongan menarik seperti Buckingham Palace, Big Ben dan tempat bersejarah Islam seperti Pusat Kebudayaan Islam London.

Rombongan akan meneruskan perjalanan dengan menziarahi Brussels. Peserta bakal menikmati tempat dan pemandangan memukau, seperti Horta Museum, The Grand Place dan The Glide Houses, serta Mannekenpis.

Seterusnya, peserta mempunyai empat hari di Switzerland dan dibawa melawati tarikan tepian Swiss Riviera, Interlaken dan jelajah keliling kota Zurich. 

Kemudian, peserta akan dibawa ke Italy, yang terkenal dengan industri fesyen dan sejarah kebudayaannya. Antara destinasi pakej ini ialah Milan, salah satu 'ibu kota' fesyen dunia. Antara tempat lain yang akan dikunjungi ialah Tapak Warisan Dunia Unesco di Genoa, landskap pergunungan di Lugano dan Istana Diraja di Turin.

Harga promosi bermula daripada $4,149 seorang (bagi bilik dua orang).

Untuk maklumat lanjut  hubungi Encik Ismail (Global Travel) 9662 4451 atau Encik Adli Yashir (BH) 9430-8505. Mereka yang ingin mendaftar sila ke pejabat Global Travel di alamat:
480 Lorong 6 Toa Payoh
#13-01 HDB Hub (East Wing)
Singapore 310480 (Berhampiran stesen MRT Toa Payoh) 


BUTIRAN PAKEJ

Pakej bermula pada harga $4,149 

  • Penerbangan ulang alik menaiki Turkish Airlines (termasuk cukai)
  • Penginapan selama 10 malam di hotel 4 bintang
  • Jamuan sarapan pagi dan makan malam dijamin halal
  • 11 jamuan tengah hari di restoran
  • Pembimbing lawatan 
  • Lawatan ke tempat menarik - tiket masuk ke tarikan seperti London Eye dan Gunung Titlis
  • Perjalanan dengan keretapi Eurostar daripada London ke Brussels

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.