WALAUPUN setahun lebih sudah berlalu, kenangan semasa berlibur bersama teman-teman menjelajah ke beberapa ibu Kota di Sepanyol seperti Madrid, Cordoba, Seville, Toledo dan Granada, masih segar dalam ingatan.
Seperti yang diketahui, terdapat banyak bangunan lama kesan peninggalan tamadun beratus tahun lalu yang kaya dengan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan.