TUNTUTLAH ilmu sampai ke negeri China. Begitulah bunyi hadis dan kata bijak pandai yang biasa kedengaran mengenai pentingnya kecekalan mencari ilmu sejauh mana pun.
Namun, terus terang saya katakan, China seperti Jepun dan Australia bukanlah negara yang tersenarai dalam nota destinasi impian saya. Saya menganggap ketiga-tiga negara itu sebagai kurang unsur eksotiknya, tidak seperti beberapa negara Timur Tengah, India atau New Zealand.