Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tinjauan: Pengembara S'pura lebih suka tidur semasa dalam penerbangan

May 19, 2016 | 02:58 PM



PENGEMBARA dari Singapura besar kemungkinan melakukan penerbangan lebih enam kali sepanjang dua tahun lalu, sama ada untuk bertugas mahupun melancong.



Demikian antara dapatan satu kajian Expedia Sky Conduct Report oleh portal pelancongan Expedia.com yang meninjau kesukaan dan kelakuan pengembara dari Singapura.



Kajian berdasarkan negara bagi pihak Expedia oleh Northstar itu meninjau 11,026 responden dari 22 negara termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand.



Menurut laporan itu, pengembara Singapura lebih suka tidur (67.4 peratus) dan menonton filem/program televisyen (57.8 peratus) semasa berada dalam pesawat.



Kegiatan kegemaran lain adalah mendengar muzik (37.9 peratus), makan (33.7 peratus) dan membaca buku/majalah/suratkhabar (27.0 peratus).



Antara dapatan lain termasuk:



Untuk penerbangan lebih 10 jam, kebanyakan responden Singapura menggunakan masa panjang itu untuk tidur (85 peratus); 61.4 peratus menggunakan sistem hiburan dalam pesawat dan 55.1 peratus makan;



63.2 peratus memilih air sebagai sesuatu yang harus ada semasa dalam penerbangan;



Kebanyakan pengembara Singapura enggan bayar khidmat WiFi dalam penerbangan - hanya 5.6 peratus bersetuju untuk berbuat demikian bagi penerbangan pendek dan 11.4 peratus untuk penerbangan lebih 12 jam;



Responden Singapura juga kebanyakannya menahan diri daripada meminum alkohol semasa penerbangan; dan



Pelancong Singapura sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan tempat duduk yang mempunyai ruang kaki lebih besar.



Pengurus Besar Expedia bagi Asia Tenggara dan India, Encik Simon Fiquet, berkata kajian tersebut menunjukkan pengembara Singapura merupakan antara yang paling berpengetahuan dalam hal penerbangan.



"Mereka tahu menjaga kecergasan semasa dalam pesawat, dengan memastikan mereka sentiasa menghidratkan diri atau dari masa ke semasa berjalan di kabin.



"Mereka juga lebih suka memilih kabin lebih selesa seperti yang mempunyai khidmat Wifi dalam penerbangan jauh atau ruang kaki lebih besar tetapi enggan membayar yuran bagasi yang melebihi muatan," kata Encik Fiquet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >