Burung garuda lambang raksasa,
Negaranya kaya dengan keseniaan,
Jauh perjalanan meredah angkasa,
Demi menimba secebis pengalaman.
SEROMBONGAN 29 pelajar menengah tiga dari Sekolah Menengah Hua Yi telah menyertai ekspedisi penerapan budaya ke Jawa Barat baru-baru ini. Ternyata menerusi pendedahan budaya dan cara hidup selama lima hari, para pelajar tidak kekok berada di luar zon keselesaan kehidupan di kota.