Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Membina daya tahan para belia

May 29, 2023 | 05:30 AM



oleh Dr Radiah Salim

“Tidak ada orang yang telah diberikan anugerah yang lebih baik dan mencukupi daripada daya-tahan” – hadis riwayat al-Bukhari and Muslim

Baru-baru ini suatu kajian dari Universiti Nasional Singapura (NUS) nunjukkan bahawa satu dalam 10 remaja di Singapura mempunyai masalah kesihatan mental.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa mereka yang lebih berdaya tahan juga lebih sihat dari sudut kesihatan mental mereka.

Seseorang yang berdaya tahan akan dapat menyambut tekanan-tekanan hidup dengan cara yang berjaya dan berkesan. Dengan daya tahan yang mantap, kemungkinan jatuh sakit sangat berkurangan.

Izinkan saya menggunakan formula H.E.A.L (Hope, Empowerment, Acceptance Love) untuk menerangkan cara kita membina daya tahan mental para belia.


Harapan

“Hope” iaitu harapan sangat penting kerana ia membawa mesej bahawa setiap cabaran ada penyelesaian yang baik, asal saja kita tetap tidak berputus asa mencari jalan-jalan penyelesaian itu.

Seorang belia yang jelas akan hala tujunya a dalam kehidupan akan lebih terfokus untuk mencapai apa yang diinginkan. Bagi mereka yang belum jelas, sangatlah baik jika mereka dapat bimbingan daripada ibu bapa dan guru yang boleh bantu mengesan minat dan potensi mereka.

“Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan.” – al-Insyirah ayat 6

Untuk belia Islam kita, penting jika mereka menyedari contoh, lihatlah bagaimana penat lelah dari mencurahkan usaha dalam pelajaran mereka selalunya membuahkan hasil yang baik. Namun, harapan sahaja tidak mencukupi. Ianya harus disusuli dengan pemerkasaan diri.

Pemerkasaan

“Empowerment” ataupun pemerkasaan akan tercapai jika belia itu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mendapatkan apa yang ingin dicapai. Ini memerlukan latihan dari pelbagai sumber. Latihan haruslah secara menyeluruh, dari segi duniawi dan ukhrawi.

“Ya Allah, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat…”

Dari segi duniawi, di Singapura ini, ada banyak peluang untuk para belia kita meraih ilmu dari bidang-bidang yang diingini. Latihan ukhrawi juga penting, dan tidak harus berhenti setakat mempelajari fardhu ain sahaja. Untuk belia Islam, ilmu pengetahuan yang dapat diraih dari mempelajari Al-Quran dan Hadis yang kaya dengan sumber-sumber nilai kehidupan dapat bantu membentuk peribadi muslim yang baik yang mampu menyumbang pada agama, bangsa dan negara.

Nilai-nilai murni itu memberikan petunjuk sepanjang kehidupan, dan lebih mudah dibentuk dan diserap jika belia terdedah kepada nilai-nilai ini dari zaman kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ada suatu lagi ilmu yang mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang, iaitu ilmu kemahiran hidup. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang membantu ibu bapa mereka dalam melakukan kerja rumah seperti mengemas, membersih, membeli-belah keperluan asas dan memasak menjadi orang dewasa yang lebih yakin diri dan berdaya tahan.

Pada zaman remaja saya iaitu dalam tahun-tahun tujuh puluhan, jarang sekali keluarga-keluarga di Singapura menggunakan khidmat pembantu rumah. Maklumlah, dulu, ramai kaum ibu tidak turut bekerja mencari nafkah, jadi mereka dapat meluangkan masa lebih untuk melatih anak-anak mereka untuk turut bantu menyelesaikan kerja-kerja rumah.

Dengan trend mendapatkan pembantu rumah, kebanyakan anak-anak tidak dilatih melakukan kerja rumah, dan ini sebenarnya merugikan mereka sendiri apabila mereka dewasa.

Reda

“Acceptance” ataupun reda seseorang itu terhadap segala cabaran yang dihadapi akan melegakan, kerana ia mengambil sikap bahawa di sebalik cabaran itu pasti ada hikmah yang akan menguatkan lagi daya tahannya.

Misalnya, setelah penat berusaha, apa yang diinginkan seorang belia itu tidak tercapai. Berbekal dengan kesabaran serta keyakinan dengan sepenuh hati bahawa Allah swt memiliki ketetapan atas semua makhluknya, belia seperti ini dapat teruskan hidupnya dan tidak mudah berputus asa.


Kerap kita tidak tahu dengan segera apa hikmah di sebalik segala sesuatu. Buat diri saya sendiri secara peribadi saya pernah kecewa kerana cita-cita untuk menjadi seorang doktor sejak kecil lagi seperti tidak akan tercapai kerana setelah tamat menduduki G.C.E. peringkat ‘A’ permohonan untuk melanjutkan pelajaran di fakulti perubatan di NUS gagal. Namun, lapan tahun kemudian, saya berpeluang menjadi penduduk tetap di Australia.

Akhirnya saya berjaya juga mengikuti kursus perubatan di Universiti Sydney, dan peluang belajar di negara lain sangat-sangat berharga buat diri saya.

Reda membuat seseorang itu melihat ke hadapan dan kuat untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dengan terus berusaha mencari penyelesaian yang baik untuk segala cabaran yang dihadapinya.

Kasih sayang

“Love” iaitu kasih sayang wujud kerana keyakinan bahawa Allah sayangkan hambanya – ini membawa implikasi hebat yang seseorang Mukmin tidak akan putus harap atas pertolongan Allah bagi setiap cabaran. Begitu juga, seorang hamba yang mencintai Penciptanya akan mendapat kekuatan yang luar biasa di mana cintanya kepada Allah itu dimanifestasikan dengan cintanya kepada manusia sejagat.

Belia seperti ini bukan sahaja berjaya mendapatkan dan memberikan kasih-sayang terhadap orang lain – malahan dia juga prihatin dan menyayangi dirinya sendiri dan ini akan meningkatkan kesihatan mentalnya.

Belia yang suka menghulurkan bantuan kepada orang lain, bermula dengan anggota keluarganya sendiri, akan merasakan nikmat memberi, kerana kerap ianya akan dapat respons yang menggalakkan dari orang sekeliling.

Bak kata pepatah, “tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima”. Ayuh, para ibu bapa sekelian, tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak anda supaya mereka lebih berdaya tahan dan mencapai minda yang lebih sihat.

Penulis Presiden Kelab Heal sejak 2012 dan merupakan seorang doktor keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >