MENYEDIAKAN program kemasyarakatan yang memberi tumpuan kepada pesakit strok yang sedang menjalani rawatan pemulihan bagi menyokong perubahan fizikal, kognitif dan sikap mereka merupakan antara objektif pusat kesejahteraan yang dinamakan Stesen Sokongan Bagi Pesakit Strok (S3).
Selain itu, pusat yang dilancarkan pada 17 Mei lalu itu juga bertujuan memenuhi keperluan sosio-emosi dan psikologi pesakit.