Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

PENYAKIT BUAH PINGGANG

Tambah pusat dialisis antara usaha NKF pertingkat khidmat untuk pesakit ginjal

NKF
Dec 07, 2016 | 05:30 AM



BAGI memenuhi permintaan jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah menambah pusat dialisis, meningkatkan program penjagaan holistik dan juga memberikan lebih banyak subsidi kepada pesakit.



Menurut kenyataan NKF, yang kini mengendalikan 31 pusat dialisis, terdapat lima kes kegagalan buah pinggang baru setiap hari di Singapura - peningkatan 25 peratus daripada jumlah kes pada 2012.



NKF menambah bahawa jumlah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan daripada badan itu juga telah meningkat sebanyak 33 peratus kepada 4,000 pesakit kini.



Menyentuh tentang program penjagaan holistik yang ditawarkan, NKF berkata bahawa para kaunselor kini mendampingi setiap pesakit serta penjaga mereka dengan menawarkan sokongan emosi dan juga terapi keluarga.



"Pusat-pusat kami yang diterajui jururawat dan Jururawat Klinikal Peringkat Tinggi menyediakan penjagaan berkualiti yang holistik dan hasil rawatan klinikal yang lebih baik, dengan kadar mereka yang hayat mereka dapat dilanjutkan mencapai 94 peratus - antara kadar tertinggi di dunia," katanya.



Selain itu, kini seramai 1,500 pesakit telah diberi subsidi penuh tanpa sebarang bayaran dikenakan bagi rawatan dialisis.



Ia merupakan peningkatan 57 peratus berbanding tiga tahun lalu.



NKF juga telah berusaha menggalakkan penggunaan dialisis peritoneal (PD) di rumah.



Ia juga telah menubuhkan Pusat Dialisis Peritoneal dan Kegiatan yang diadakan buat pertama kali bagi pesakit yang memerlukan sokongan rawatan di rumah.



Jumlah pesakit yang menggunakan kaedah itu kini meningkat sebanyak 40 peratus kepada 425 pesakit dan pasukan penjagaan PD juga telah bertambah, kata NKF.



Selain memenuhi permintaan pesakit, NKF juga telah mempertingkat dan memperluas usaha pendidikan dan pencegahan awal untuk membendung tercetusnya penyakit buah pinggang melalui pelbagai inisiatif mendekati masyarakat.



Antaranya termasuk Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang dan Bas Kesihatan Kencing Manis untuk menjangkau lebih ramai warga Singapura dan memberikan lebih banyak maklumat mengenai penyakit tersebut, terutama sekali bagi golongan berisiko tinggi.



Usaha NKF telah diiktiraf melalui pelbagai anugerah termasuk Pujian Khas Majlis Amal bagi Anugerah Pengurusan Risiko dan Anugerah Ketelusan Amal untuk amalan tadbir urus yang baik.



Menurut NKF pengiktirafan yang diterima mendorongnya berusaha dan melakukan yang lebih baik untuk pesakit dan juga masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >