Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Tiga robot bantu jururawat di Hospital Besar Changi

Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Dengan lencana terpapar seiring senyuman lebar, tiga robot kini diterima ‘bertugas’ di Jabatan Kecemasan di Hospital Besar Changi (CHG) sejak April lalu.

Ketiga-tiga robot yang diberi panggilan – MEDi, EDi dan BLANKi – mempunyai tugas khusus.

Ia termasuk membantu menghantar ubat dari pakar farmasi ke jururawat, memberi panduan kepada pesakit di Jabatan Kecemasan dan mengagihkan selimut kepada pengunjung,

Ini memberikan jururawat bantuan yang amat diperlukan dengan beban kerja mereka yang berat, lapor The Straits Times (ST).


Robot mudah alih berautonomi (AMR) itu mempunyai ketinggian antara 1 meter dengan 1.3 meter.

Ia merupakan sebahagian daripada projek rintis bagi mengukur peningkatan dalam kecekapan dan produktiviti aliran kerja jururawat di Jabatan Kecemasan. 

Mereka dilengkapi dengan penderia, pembesar suara dan paparan skrin sentuh bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan pesakit dan bergerak di persekitaran Jabatan Kecemasan yang rumit tanpa menyebabkan kemalangan. 

Hospital itu mengikut langkah pertubuhan dan institusi setempat yang telah mula menggunakan robot untuk membantu melakukan tugasan amali berulang. 

Pasukan Polis Singapura (SPF) baru-baru ini melancarkan robot peronda di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi, sementara SIA Engineering mempunyai robot untuk membantu teknisyen memerika pesawat. 

Robot yang akan membantu membersih dan memeriksa sungai-sungai Singapura juga dijangka digunakan dalam masa terdekat. 

Tiga robot AMR di CGH merupakan tambahan terkini kepada kru robotik hospital yang merangkumi lebih 80 mesin.

MEDi, atau inovasi Penghantaran Ubat, boleh menghantar sehingga empat bakul ubat ke empat lokasi berbeza di Jabatan Kecemasan.

Jururawat menggunakan tablet untuk menyerahkan borang permintaan ubat kepada pakar farmasi, yang kemudian meletakkan ubat di AMR sebelum memilih destinasi sasarannya di skrin, mengaktifkan bot untuk mengemudi ke stesen berdekatan jururawat. 

MEDi hitam oren itu menjimatkan banyak masa bagi jururawat di Jabatan Kecemasan dengan melengkapi sehingga 16 pusingan pengambilan dan penghantaran preskripsi pada setiap masa. 

“Dengan MEDi, Farmasi Jabatan Kecemasan boleh menyokong jururawat kami dengan lebih baik kerana kami menerima borang permintaan ubat dengan lebih awal dan cepat,” kata pihak hospital itu pada 14 Julai.

Pihak CGH menambah: “Jururawat di Jabatan Kecemasan dan porter kami juga tidak lagi perlu meninggalkan stesen mereka untuk jangka masa yang panjang dan boleh memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit.”







Pengemudi robotik EDi, atau inovasi Jabatan Kecemasan, membawa pesakit dan waris terdekat ke destinasi yang dituju, menjimat masa jururawat selama empat minit – sekitar satu setengah jam sehari –  untuk menunjuk arah.

Robot bernama EDi turut diprogram dengan keupayaan bertutur dalam empat bahasa rasmi negara, menjadikannya mesra bagi pengguna warga Singapura.

Sementara itu, robot itu BLANKi, atau inovasi Penghantar Selimut, pula mempunyai rangka lebih lebar yang dipasang dengan tiga rak untuk membawa selimut kepada pengunjung di Jabatan Kecemasan. 

Sementara ia berkeliaran di kawasan menunggu, para pesakit boleh mengambil selimut dari BLANKi dengan mudah dengan menyentuh skrin untuk menghentikannya daripada bergerak. 

BLANKi bekerjasama di sisi duta perkhidmatan CGH dan mengendalikan sekitar 50 peratus penghantaran selimut.







“Daripada menunjukkan (pesakit) di mana untuk mengambil selimut, kami membuat keputusan untuk membawa selimut kepada mereka,” kata duta perkhidmatan CGH, Encik Edward Fung.

Beliau menambah: “Kami menerima banyak permintaan untuk selimut setiap hari, dan mahu cara lebih cekap untuk memberi selimut kepada para pesakit dan pengunjung.”

Percubaan ketiga-tiga robot akan tamat pada Ogos. 

Hospital itu sedang mencari jalan untuk memuatkan BLANKi dengan barangan lain seperti air botol, sementara EDi dan MEDi berpotensi digunakan di luar Jabatan Kecemasan iaitu di jabatan lain hospital itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >