Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Tinjauan: Nak kuruskan badan? Naik pengangkutan awam

Mar 17, 2016 | 02:51 PM



PERGI bekerja dengan berjalan kaki, berbasikal atau pun menaiki pengangkutan awam boleh memberi manfaat kesihatan yang besar kepada mereka yang mengamalkannya, berbanding mereka yang memandu ke tempat kerja.



Demikian dapatan satu tinjauan baru yang dijalankan ke atas lebih 150,000 warga dewasa Britain berusia antara 40 dengan 69 tahun.



Tinjauan itu mendapati lelaki yang berbasikal ke tempat kerja mempunyai berat badan 5 kilogram lebih ringan daripada lelaki yang memandu ke kerja, lapor Sky News.



Manakala wanita yang berbasikal biasanya mempunyai berat badan 4.4 kilogram lebih rendah berbanding wanita yang memandu.



Penunggang basikal juga mempunyai lemak badan yang berkurangan - penunggang lelaki mempunyai 2.75 peratus lemak badan yang lebih rendah berbanding yang memandu, manakala wanita 3.26 peratus.



Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropik London juga mendapati para pemandu lebih kemungkinan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang lebih tinggi daripada mereka yang berbasikal.



Ketua Saintis Dr Ellen Flint berkata: "Ramai orang tinggal jauh daripada tempat kerja mereka untuk membolehkan mereka berjalan atau berbasikal, tetapi kegiatan fizikal sampingan melibatkan pengangkutan awam boleh memberi kesan yang penting."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >