KESEDARAN masyarakat tentang perlunya pengesanan awal barah buah dada semakin tinggi, namun didapati ada beberapa faktor telah membuat mereka menghindari pemeriksaan kesihatan itu.
Presiden Yayasan Barah Buah Dada (BCF), Cik Noor Quek, berkata antara faktor tersebut ialah kebimbangan terhadap kematian, tidak mahu memikirkan kesengsaraan, bimbang hilang gaya hidup dan kos rawatan.