Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

10 polis trafik M’sia disiasat, wang RM3,753 ditemui dalam beg, kereta ronda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

10 polis trafik M’sia disiasat, wang RM3,753 ditemui dalam beg, kereta ronda

Feb 05, 2024 | 11:42 AM



KUALA LUMPUR: Seramai 10 anggota polis trafik sebuah daerah di Selangor disiasat berhubung penemuan wang tunai RM3,753 ($1,061) dalam beg dan kereta peronda mereka ketika menjalankan sekatan jalan Op Alkohol, awal pagi 4 Februari.


Mereka terdiri daripada seorang pegawai berpangkat Inspektor dan sembilan anggota lain pangkat sarjan, koperal, lans koperal dan konstabel.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah atau sebaliknya.

Siasatan itu susulan pemeriksaan oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman ke atas 10 pegawai dan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang menjalankan Op Alkohol pada 2.30 pagi 4 Februari.

“Pada pemeriksaan itu, pasukan JIPS Bukit Aman mendapati salah seorang anggota trafik berpangkat sarjan memiliki wang tunai RM3,313 selain wang tunai RM440 dalam sebuah kereta.

“Satu Kertas Siasatan Tatatertib telah dibuka ekoran laporan polis berhubung kes terbabit untuk mengenal pasti kemungkinan rasuah atau pelanggaran prosedur trafik,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Buat sementara waktu, semua pegawai dan anggota trafik yang sedang disiasat itu akan dikeluarkan daripada pasukan penguat kuasa sehingga kes selesai, tambah beliau.

Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis berhubung kes itu dan mengesyaki wang tunai yang ditemui itu berpunca daripada sumber tidak sah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata semua anggota terbabit ditukarkan serta-merta sebaik sahaja siasatan dilakukan.

“Siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca wang yang ditemukan.

“Saya jamin kita akan jalankan siasatan secara telus dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya kita dapati terdapat kesalahan salah laku,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >