Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

11 ditahan kes gaduh di bistro di JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

11 ditahan kes gaduh di bistro di JB

Mar 15, 2024 | 11:29 AM



JOHOR BAHRU: Seramai 11 individu ditahan susulan kes merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran bistro di Johor Bahru, pada awal pagi 14 Mac.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, berkata suspek berusia antara 18 dengan 41 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negeri ini.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham dua pengusaha di kawasan berkenaan.

“Polis mengesahkan kejadian berlaku pada 2.14 pagi 14 Mac di sebuah pusat perniagaan bebas cukai. Enam daripada 11 suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (Tetrahydrocannabinol),” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Raub berkata tiga telefon bimbit turut dirampas susulan penahanan itu dan siasatan setakat ini mendapati tiada pembabitan kongsi gelap dikesan dalam pergaduhan berkenaan.

“Polis masih mengesan saki-baki suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersama Seksyen 384 kerana pemerasan dan Seksyen 427 kerana melakukan khianat.

Sementara itu dalam kes berasingan di Kulai, Johor, polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit dalam kes khianat membaling bahan letupan koktail Molotov ke atas sebuah rumah milik warga emas di Taman Damai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, berkata pihaknya menerima laporan polis dibuat seorang warga emas berusia 70 tahun kira-kira 1.50 petang pada 13 Mac.

Beliau berkata, lelaki warga tempatan itu mendakwa ketika beliau tiba di rumah di Taman Damai, mendapati ada kesan terbakar di hadapan pagar rumahnya.

“Mangsa kemudian membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati dua suspek menaiki motosikal membaling koktail Molotov ke arah pagar rumahnya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >