Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

21.3j penduduk M’sia adalah Bumiputera

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

21.3j penduduk M’sia adalah Bumiputera

Dec 20, 2023 | 01:19 PM



PUTRAJAYA: Dianggarkan 63.9 peratus atau 21.3 juta daripada keseluruhan 33.4 juta penduduk di Malaysia pada 2023 adalah Bumiputera.


Menurut statistik Bumiputera 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah itu merangkumi 10.8 juta orang penduduk Bumiputera lelaki, manakala perempuan seramai 10.5 juta orang, dengan nisbah jantina 102 lelaki berbanding 100 perempuan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Bumiputera menyumbang 92.7 peratus menerusi penyertaan dalam profesional di negara ini dan 83.8 peratus daripada jumlah penolong pegawai perubatan dan jururawat pada 2022.

Selain itu, beliau berkata Bumiputera turut menyumbang 60.8 peratus sebagai juruukur tanah, 61.5 peratus juruukur bahan, 52.8 peratus doktor gigi dan 52.7 peratus pereka dalaman.

Bagaimanapun, katanya Bumiputera mencatatkan penyertaan di bawah 50 peratus bagi arkitek iaitu 41.2 peratus, peguam (38.2 peratus) dan akauntan (31.8 peratus).

Datuk Dr Mohd Uzir juga memaklumkan dapatan berkaitan tenaga buruh pada 2022 menunjukkan seramai 9.6 juta tenaga buruh adalah Bumiputera yang terdiri daripada 5.8 juta lelaki dan 3.9 juta wanita.

Menurut beliau, bagi kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB), Bumiputera meningkat kepada 67.1 peratus berbanding 65.8 peratus pada 2021.

“Manakala dari segi jantina, KPTB bagi lelaki dan perempuan Bumiputera masing-masing adalah 80 peratus dan 54.1 peratus.

“Berdasarkan pencapaian pendidikan, sumbangan tenaga buruh Bumiputera yang berpendidikan peringkat menengah dan ke bawah adalah 62.3 peratus, manakala 37.7 peratus tenaga buruh Bumiputera berpendidikan tertiari,” katanya dalam kenyataan di Facebook DOSM pada 19 Disember.

Statistik Bumiputera 2023 memaparkan statistik Bumiputera terpilih dalam bidang sosial dan ekonomi di peringkat nasional dan negeri untuk tahun rujukan 2015 hingga 2023.

Datuk Dr Mohd Uzir selanjutnya berkata kadar pengangguran di kalangan Bumiputera adalah 4.0 peratus pada 2023, berbanding 5 peratus pada 2021.

Dari segi statistik siswazah pula, beliau berkata bilangan siswazah Bumiputera yang direkodkan sehingga 2022 adalah seramai 3.8 juta orang, meliputi 1.7 juta lelaki dan 2.2 juta perempuan.

“KPTB siswazah Bumiputera lelaki pada 2022 kekal pada 88.3 peratus berbanding 2021, sementara KPTB bagi siswazah perempuan meningkat kepada 82.9 peratus berbanding 82.1 peratus pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >