Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Air pasang burukkan keadaan banjir di Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Air pasang burukkan keadaan banjir di Johor

Jan 09, 2024 | 05:26 PM



Pertembungan air pasang dengan hujan lebat pada awal pagi 9 Januari menyebabkan situasi banjir di Johor, khususnya bandar Kota Tinggi, semakin buruk.

Keadaan itu dijangka bertambah teruk pada lewat malam atau awal pagi 10 Januari jika hujan lebat berterusan, berikutan fenomena air pasang diramal berlaku pada sebelah malam.

Menurut Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Penguasa Bomba Encik Rasidi Md Yunus, cuaca ketika ini sukar diramalkan, bagaimanapun setakat 4 petang 9 Januari, keadaan terkawal dan hujan sekejap-sekejap.

“Hujan lebat yang bertembung dengan air pasang menyebabkan jumlah mangsa banjir di Johor, terutama di Kota Tinggi, iaitu daerah paling teruk terjejas, semakin meningkat.

“Namun Alhamdulillah setakat 4 petang ini taburan hujan terkawal. Namun sekiranya cuaca kembali hujan tanpa henti pada sebelah petang hingga malam, kita jangkakan keadaan akan lebih buruk,” katanya ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Namun Encik Rasidi berkata pihak JBPM Johor khususnya di Kota Tinggi bersama pihak berkuasa dan keselamatan lain telah bersedia dengan kemudahan aset dan jumlah anggota untuk berdepan sebarang kemungkinan, termasuk banjir yang memburuk.

“Sekarang ini (4 petang 9 Januari) air laut surut, tetapi air di daratan meningkat sebab faktor hujan dan saya khuatir jika air pasang pada lewat malam ini (9 Januari) akan beri cabaran pada pasukan penyelamat untuk pindahkan mangsa.

“Oleh itu untuk memastikan kelancaran semua usaha menyelamat, kita mohon kerjasama penduduk untuk sentiasa peka dengan keadaan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa dan pasukan penyelamat dalam menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat 4 petang, 9 Januari, jumlah mangsa banjir di Johor tidak banyak berubah iaitu 7,118 mangsa daripada 1,991 keluarga berlindung di 57 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Kota Tinggi menyaksikan jumlah mangsa paling ramai iaitu 4,678 orang, manakala 1,593 mangsa terjejas di Kluang dan Johor Bahru seramai 847 orang.

Di Pahang pula, jumlah mangsa sehingga kini adalah seramai 1,070 orang daripada 304 keluarga di 20 PPS.

Banjir teruk di bandar Kota Tinggi mengakibatkan beberapa lokasi dinaiki air sehingga 3.1 meter sejak 8 Januari, sekali gus menyebabkan banyak premis perniagaan masih ditutup susulan banjir sejak 7 Januari.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan pada 9 Januari turut menjelaskan, setakat ini 20 kawasan penempatan di Kota Tinggi masih belum pulih daripada gangguan bekalan elektrik, berikutan penutupan bekalan sebagai langkah keselamatan.

Setakat 12 tengah hari 9 Januari, Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, melaporkan tujuh jalan di daerah itu antaranya Jalan Kota Tinggi – Kluang, Jalan Mawai Lama dan Jalan Tun Sri Lanang di Kota Tinggi, masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan dinaiki air setinggi 0.7 meter.

Sementara itu menurut laporan Berita Harian Malaysia pada 9 Januari, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Johor akan dihantar dengan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat peperiksaan, bagi menjalani ujian bertutur Bahasa Melayu sehingga 11 Januari ini.


Pengerusi Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Cik Norlizah Noh, berkata ia berikutan kebanyakan jalan utama di daerah ini masih dinaiki air, sekali gus menyebabkan calon sukar ke pusat peperiksaan mereka.


Katanya, kebanyakan laluan utama yang ditenggelami banjir membabitkan kawasan bandar sehingga menjejaskan pergerakan calon SPM ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab dan SMK Bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >