Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar: Kos niaga bazar meningkat bukan kerana cukai, tetapi sewa tapak mahal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Kos niaga bazar meningkat bukan kerana cukai, tetapi sewa tapak mahal

Mar 26, 2024 | 02:05 PM



KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar sewa tapak bazar Raya menjadi punca kos operasi peniaga meningkat dan bukan disebabkan perubahan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peningkatan itu lebih ketara sekiranya peniaga berurusan melalui ejen berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jadi kita telah beri arahan, kalau kos sewa itu dikendalikan oleh majlis perbandaran, jangan tekan peniaga dalam keadaan sekarang.

“Sebahagian tapak majlis perbandaran itu diberikan kepada ejen, jadi akhirnya penyewa tidak menyewa secara langsung dari majlis perbandaran. Itulah sebab kos meningkat.

“Saya akui ada impak kecil kenaikan harga, tetapi saya tidak fikir kerana SST yang menyebabkan sewa naik. Bazar tidak ada kena-mengena langsung dengan SST,” katanya di Dewan Rakyat pada 26 Mac, lapor Sinar Harian.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai kesan rantaian ekonomi secara umum terutama kepada peniaga bazar.

Dalam pada itu, Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa kerajaan sedaya upaya mengurangkan kesan kenaikan cukai perkhidmatan dari 6 peratus kepada 8 peratus terhadap rakyat.

Namun Ahli Parlimen Tambun (AP) itu mengakui terdapat kesan sampingan kecil yang mesti dikawal.

“Saya setuju kita harus terus pantau, tetapi secara khusus perniagaan di bazar Raya ini, kebanyakan yang mengeluh ialah kerana kadar sewa tinggi.

“Pada pendapat saya, majlis-majlis Bandaran tidak ada sebab mengapa mengenakan sewa tinggi bagi bazar Raya,” ujarnya.

Sementara itu Datuk Anwar berkata perubahan kadar SST itu sejak Mac 2024 tidak memberi impak ketara kepada inflasi dengan anggaran sekitar 0.2 mata peratus.

Datuk Anwar berkata ini kerana perubahan dasar hanya melibatkan cukai perkhidmatan, manakala cukai jualan kekal dengan skop dan kadar cukai sedia ada.

“Skop berkenaan cukai perkhidmatan adalah kecil iaitu 41 peratus daripada bilangan perkhidmatan yang ada dalam ekonomi kerana banyak pengecualian diberikan umpamanya kepada (sektor) pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya.

“SST tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas. Melalui peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan ini, kerajaan menjangkakan mengutip hasil berjumlah RM3 bilion ($0.85 juta),” katanya.

Datuk Anwar mengakui terdapat sedikit kenaikan harga barangan di pasaran, namun ia masih pada tahap rendah dan terkawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >