Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar: Pemimpin usah rakus dan angkuh seperti penjajah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Pemimpin usah rakus dan angkuh seperti penjajah

Feb 21, 2024 | 10:45 AM



MELAKA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa pemimpin dan pemegang amanah negara itu agar tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh seperti dilakukan pegawai zaman penjajahan British satu ketika dulu.


Beliau berkata sikap sedemikian tidak patut ada dalam diri pemimpin sekarang jika mereka ikhlas mahu membina Malaysia ke arah lebih baik.

Beliau berkata sebagai generasi penerus kepada kepimpinan negara, mereka harus berusaha mengangkat martabat negara, membangunkan ekonomi, meneruskan mutu pendidikan dan kesihatan, membangunkan sektor pelancongan serta industri supaya rakyat boleh hidup dengan lebih selesa.

“Kita tahu tak akan berada di sini mengecapi nikmat merdeka jika tidak kerana jasa tokoh besar kita terdahulu (yang) sanggup menggadai nyawa, harta benda untuk mencari dan mencapai kemerdekaan untuk negara.

“Ini juga peringatan kepada pemimpin yang memikul amanah sekarang supaya belajar daripada elemen dan ciri positif serta baik daripada mereka (pemimpin terdahulu) serta tidak terheret dengan amalan kerakusan, keangkuhan dan kegelojohan (seperti) pegawai penjajah,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Anwar berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke-68 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, di sini pada 20 Februari malam.

Pada majlis itu, keluarga mantan pemimpin kemerdekaan turut hadir termasuk cucu Tunku Abdul Rahman, Tunku Muinuddin Putra; anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba, Datin Seri Zainun; cucu kepada Tun VT Sambanthan, Kunjari Sambanthan; serta cucu kepada Tun Tan Cheng Lock, Datin Paduka Tan Siok Choo.

Sementara itu, Datuk Anwar berkata walaupun Perlembagaan negara dilihat memberi keistimewaan kepada orang Melayu, namun pada masa sama undang-undang tertinggi negara juga tidak menyisihkan kaum lain yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.

“Sebab itu dalam melakar Perlembagaan negara oleh pemimpin ketika itu, ditetapkan kedudukan Bahasa Melayu, agama Islam (sebagai) agama Persekutuan, hak keistimewaan (orang) Melayu dan kedaulatan raja Melayu, tetapi tidak pernah disebut maksud untuk meremehkan hak orang lain, merendahkan darjat orang lain atau menghina mereka (kaum bukan Melayu).

“Ini kerana mereka diiktiraf sebagai warganegara yang sah bersama dalam Tanah Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan… ini pengajaran penting bagi negara kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >