Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar persoal sikap pembangkang yang membisu berkait usaha banteras rasuah di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar persoal sikap pembangkang yang membisu berkait usaha banteras rasuah di M’sia

Mar 01, 2024 | 03:50 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal sikap pemimpin pembangkang yang dilihat masih membisu dan tidak menyatakan sebarang sokongan terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menentang rasuah, khususnya yang membabitkan golongan atasan.

Malah, beliau berkata ada pihak pembangkang yang sebaliknya menuduh siasatan yang dilakukan terhadap ‘maha kaya’ itu sebagai dendam kesumat.

“Saya lihat di Parlimen, pembangkang menggelupur seolah-olah marah, benci. Tidak ada suara pembangkang yang sokong langkah membanteras rasuah, bagi saya aneh.

“Saya semasa menjadi pembangkang, bila ada cadangan pemerintah usul SPRM, saya dukung, malah saya kata (kerajaan) belum cukup berani.

“Dan baru-baru ini ada tindakan SPRM terhadap salah satu tokoh besar yang dianggap paling ‘maha kaya’, namun belum ada suara sokongan daripada pembangkang,” ujarnya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini pada 29 Februari.

Tambahnya, sesiapa yang terlibat dalam rasuah perlu dibawa ke muka pengadilan walaupun mereka tidak lagi berada dalam kerajaan, sambil menambah bahawa rasuah perlu dibanteras walaupun proses itu mengambil masa.

Selain itu, Datuk Anwar juga menegaskan mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah akan digugurkan daripada jawatan mereka.

Beliau berkata tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahkan SPRM untuk mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa ikut proses undang-undang.

“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah,” katanya.

Datuk Anwar berkata beliau juga menasihati jemaah Menteri untuk menilai dan mengkaji sebarang projek yang telah diluluskan, sebelum meneruskannya bagi memastikan prosesnya telus, bersih dan kemungkinan ia boleh menjimatkan.

Beliau berkata perkara sebegitu penting untuk diteliti supaya wang rakyat dapat diselamatkan dan seterusnya dipulangkan semula kepada rakyat untuk manfaat bersama.

“Namun ia memerlukan kerjasama untuk tolong selamatkan negara ini dengan lapor sesiapa yang melanggar (undang-undang), baru boleh kita serah kepada SPRM untuk bertindak, kerana ini bukan kerja SPRM sahaja, ini kerja kita, dengar, lapor dan jangan fitnah, jangan khianat.

“Sebab itu saya cadangkan SPRM untuk adakan wacana sedemikian di seluruh negara dan membicarakan rasuah… kerana ramai dalam kalangan elit, sama ada politik, korporat dan pengurusan negara agak tak senang dengan wacana mengenai rasuah sebab mereka hidup dan bergelumang dengan itu,” tambahnya. – The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >