Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

AP Kepala Batas disiasat buat kenyataan hasutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

AP Kepala Batas disiasat buat kenyataan hasutan

Nov 15, 2023 | 02:49 PM



PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen (AP) Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, di Bukit Aman, pada Selasa.


“Kes itu kini dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kecemasan kepada orang ramai.

Dr Siti Mastura dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya.

Terdahulu, Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan Dr Siti Mastura diiringi peguam Encik Ahmad Amzar Ahmad Azlan, hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat ke atas AP Kepala Batas itu.


Dr Siti Mastura dipanggil berhubung satu ucapan pada majlis di Kemaman, baru-baru ini.

Encik Ahmad Amzar dilapor berkata anak guamnya sudah memberi bahan rujukan yang dikumpul dan diserahkan kepada pihak polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >