Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bayi 7 bulan maut bila kereta terbakar selepas langgar tiang lampu di Kelantan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bayi 7 bulan maut bila kereta terbakar selepas langgar tiang lampu di Kelantan

Nov 27, 2023 | 05:02 PM



KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dinihari Isnin selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas terlanggar sebuah tiang lampu di Kelantan, Malaysia.

Bayi tersebut, dikenal pasti sebagai Wan Sabeena Arisha Wan Shahril, ditemui rentung berhampiran kereta tersebut kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan di Facebook pagi Isnin.

Sementara itu, ayah anak itu, pula mengalami cedera parah akibat kelecuran seluruh tubuh dan ibunya pula mengalami kecederaan ringan.







Kejadian itu berlaku di Kuala Krai, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan, kata JBPM yang menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya itu pada 4.04 pagi.

Menurut Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fadzil Musa, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang telah terbabas dan melanggar tiang lampu.

“Lebih malang lagi, akibat daripada kejadian itu, kereta tersebut turut terbakar,” kata JBPM.







Ia berkata, terdapat tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa yang melecur seluruh tubuh, seorang perempuan mengalami cedera ringan dan seorang lagi mangsa adalah bayi perempuan.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, kedua-dua mangsa yang tercedera itu merupakan ibu bapa bayi tersebut.


Dalam laporan media tempatan itu, PBK II Mohd Fadzil berkata:

“Pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28 tahun, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh manakala, isterinya, Nur Hasidah Razmi, 25 tahun, cedera ringan.

“Anak mereka ditemui rentung berhampiran kereta terbabit,” katanya.







Dalam kenyataannya di Facebook, BBP Kuala Krai, turut memuat naik beberapa gambar tempat kejadian yang mana terdapat kain putih terletak di sebelah kereta yang terbakar itu.

JBPM berkata bayi tersebut telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Manakala kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk menerima rawatan lanjut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >