Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Datuk ‘gamer’ di M’sia raih gaji RM 6,000 hasil penstriman PUBG

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Datuk ‘gamer’ di M’sia raih gaji RM 6,000 hasil penstriman PUBG

Apr 15, 2024 | 04:31 PM



KUALA LUMPUR: Walau sudah lanjut usia, datuk 16 cucu ini “kencang” buat duit menerusi penstriman permainan PUBG beliau yang sebaliknya lebih popular dalam kalangan pemain-pemain muda.


Encik Radhuan Othman, 64 tahun, dilaporkan pernah meraih pendapatan sehingga RM6,000 (S$1,702) sebulan dengan menyiarkan secara langsung dirinya bermain permainan “tembak-tembak” popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di TikTok.


Bukan sahaja itu, Encik Radhuan, yang lebih dikenali di media sosial sebagai Pak Dhuan atau PakDhuan Gaming on TikTok, sanggup menaik taraf komputernya agar dapat menawarkan penstriman lebih canggih kepada lebih 38,000 pengikutnya di platform media sosial itu.

Menukil laporan media Malaysia, Harian Metro baru-baru ini, Encik Radhuan merupakan seorang datuk 16 cucu.


Pada November lalu, warga emas itu berjaya meraih kemenangan besar apabila beliau mencatatkan seramai 16 mangsa dalam permainan berkenaan.

Permainan PUBG Mobile adalah versi permainan telefon bimbit permainan popular PUBG dalam talian, yang melibatkan pemain bertempuh dengan pengguna lain menggunakan sebarang senjata, termasuk senjata api, demi mengekalkan diri sehingga tamat permainan itu.

Pengguna yang melakukan penstriman di TikTok meraih pendapatan dengan penonton siaran itu membeli “hadiah”, atau produk-produk yang dijual pengguna itu, antara lain.

Dengan membeli hadiah atau produk tersebut, mana wang yang digunakan untuk membeli hadiah itu akan dipindahkan ke akun pengguna berkenaan.

Bercakap kepada Harian Metro, Encik Radhuan berkata pada awalnya beliau ingin meneroka dunia teknologi, namun kemudian memutuskan untuk berkecimpung dalam permainan itu sebagai satu hobi.


Sebelum ini beliau berminat dengan seni reka bina kayu.

Encik Radhuan berkata beliau mula berkecimpung dalam PUBG Mobile enam tahun lalu, namun hanya bermain permainan itu dengan lebih kerap serta menyiarkan secara langsung kegiatannya sejak pandemik apabila Malaysia menguatkuasakan langkah cegah penularan wabak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baru kemudian, tercetus satu idea untuk meraih pendapatan tambahan menerusi penstriman itu.

“Sebelum ini saya meminati bidang pertukangan dan mula beralih kepada permainan video sebelum PKP dilaksanakan,” kata Encik Radhuan.

“Saya memang berminat dengan teknologi baharu tapi mula mencuba dengan serius bermain game semasa PKP,” tambahnya yang selepas membuat penstriman di TikTok, mendapat idea menjadikan hobi baharu itu sebagai sumber pendapatan tambahan.


“Dalam masa sebulan, saya berjaya menghasilkan sehingga RM6,000 hasil daripada ‘live streaming dan dari situ, saya mula naik taraf komputer,” kata Encik Radhuan.

“Walaupun dianggap sebagai hobi namun saya meraih pendapatan tambahan jadi bagi saya ia sesuatu yang berfaedah,” katanya.

Radhuan berkata, kekerapan beliau bermain ialah minimum tiga jam sehari dan maksimum enam jam sehari.

“Biasanya saya akan mula bermain antara jam 9 malam hingga 5 pagi dan pada waktu siang saya akan luangkan masa dengan keluarga,” katanya.

Namun dalam satu pos diterbitkan Encik Radhuan pada 9 April menyatakan ia susah untuk meraih pendapatan sehingga RM6,000 itu sekarang.

Beliau berkata pada saat ini, “RM400 ($114) pun dah susah”.

Menurutnya, keaktifannya dalam dunia permainan video berbaloi apabila dinobatkan sebagai Top 10 Ellando Agency TikTok Live Performance Appreciation Awards 22/23.

Beliau juga mengakui dirinya pemain tegar tetapi tidaklah sehingga tahap ketagih kerana niat utama adalah mencari rezeki yang halal dan menghiburkan penonton. – HARIAN METRO




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >