JOHOR BAHRU: Beberapa daerah di Johor di landa banjir semula dengan 330 penduduk daripada 70 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS). Ia menyusuli hujan berterusan di empat daerah itu – Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.
Ia tidak menyebabkan sembarang kecederaan atau kematian, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Tiga laluan terputus hubungan, iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru -Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang. Ketiga-tiganya di Mersing.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di negeri Johor dari 4 hingga 7 Januari.
Daerah terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – Agensi berita.