Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Jakim, Pejabat Mufti KL mahu selaraskan fatwa ajaran warga Syria sesat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jakim, Pejabat Mufti KL mahu selaraskan fatwa ajaran warga Syria sesat

Dec 06, 2023 | 01:13 PM



KUALA LUMPUR: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang bagi menyelaraskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu bahawa ajaran  seorang lelaki dari Syria,  Mhd. Mohib Khouli Nazem, adalah sesat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata wujud keperluan untuk menyelaraskan keputusan di peringkat negeri berkenaan perwartaan ajaran sesat ke seluruh negara.

“Apa sahaja isu berkaitan dengan kefatwaan kalau berlaku dalam sebuah negeri yang melibatkan doktrin, melibatkan sesat. Kita akan cuba selaraskan, ini kita akan bincang dengan pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak Jakim untuk selaraskan,” katanya pada 5 Disember.

Datuk Mohd Na’im turut mengingatkan umat Islam untuk merujuk kepada pakar dan mereka yang berpengetahuan serta mematuhi sebarang fatwa berkaitan supaya tidak terikut-ikut dengan ajaran yang mampu memesongkan akidah.

Pada 17 November lalu, Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron, berkata Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam negeri melalui Jawatankuasa Fatwa atas perintah Sultan mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Mhd. Mohib adalah sesat dan bercanggah dengan akidah Islam.

Menurutnya, ajaran Mhd. Mohib adalah sesat lagi menyesatkan dan bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini oleh ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

“Ciri-ciri penyelewengan ajaran Mhd. Mohib termasuk mendakwa Allah swt Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah swt menghendaki mengadakan anak untuk diri-Nya, Dia Maha Berkuasa menciptanya.


“Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami Allah swt harus mempunyai anak, sedangkan adalah jelas Allah swt mustahil mempunyai anak,” kata Datuk Mohamad Sabri.


Mhd. Mohib adalah warganegara Syria yang kini menetap di Terengganu setelah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Tambah Datuk Dr Mohamad Sabri, ajaran itu juga mendakwa bahawa Imam Abu Hanifah mati dalam keadaan kufur; dan mendakwa bahawa tidak sah solat di belakang imam yang berpegang dengan akidah al-Asya’irah.

Terdahulu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata Malaysia tidak memerlukan sumbangan pendakwah asing untuk beri pencerahan mengenai selok-belok ajaran Islam,

Dr Wan Salim berkata kehadiran penceramah dari luar negara dibimbangi boleh memburukkan suasana di Malaysia apabila pandangan mereka bercanggah dengan kefahaman majoriti masyarakat Islam di sini yang sudah diterima pakai sejak sekian lama.

Terdahulu Jakim bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari individu yang menggelar dirinya sebagai Imam Mahdi di media sosial untuk berbincang dan memberi nasihat.

Datuk Mohd Na’im berkata pihaknya telah cuba menghubungi lelaki tersebut, namun tidak dapat dihubungi sekali gus Jakim memohon bantuan polis.

“Setakat ini tak jumpa lagi, cuma kita bekerjasama dengan PDRM untuk mencari individu tersebut. Saya sendiri harapkan sebab kita mahu berbincang,’‘ ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >