Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Johor pertimbang laluan khas di Linkedua bagi penduduk Forest City

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor pertimbang laluan khas di Linkedua bagi penduduk Forest City

Dec 13, 2023 | 12:20 PM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor optimis lebih banyak kerjasama yang memanfaatkan Malaysia dan Singapura, boleh dilaksanakan untuk kepentingan rakyat di kededua negara.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Singapura, Encik Desmond Lee, pada 11 Disember, berkata projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura antara projek yang menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, gembira dapat berjumpa dan berbincang dengan Encik Desmond di Singapura.

“Perbincangan kami banyak tertumpu kepada persiapan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) Khas yang bakal diadakan pada Disember ini, terutama berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura JS-SEZ).

“Kami turut berbincang berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan, sama ada dalam masa terdekat mahupun jangka panjang, demi kepentingan Malaysia, Singapura dan Johor,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada 12 Disember.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Johor juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan lorong khas bagi memudahkan pergerakan keluar masuk di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di persimpangan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), susulan pengumuman Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City, Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kajian mendalam mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu, bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti kaedah pelaksanaan terbaik.

“Antara isu yang dihadapi di KSAB ialah kesesakan lalu lintas yang teruk terutama pada waktu sibuk, hujung minggu atau musim cuti, yang menjejaskan kelancaran trafik berikutan Linkedua digunakan ramai rakyat Malaysia dan pemandu dari Singapura.

“Susulan pengumuman SFZ Forest City, kerajaan negeri akan menjalankan kajian untuk mewujudkan lorong atau laluan khas,” katanya melalui laporan di Malay Mail selepas merasmikan pembukaan perkhidmatan bas Forest City ke Tuas, Singapura di perkarangan Hotel Marina, Johor Bahru pada 12 Disember.


Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan lorong kontra untuk kereta di KSAB dijangka bermula hujung tahun ini.

“Pada masa ini kita sudah mempunyai kaunter laluan bas, manakala kaunter laluan kereta hampir siap iaitu 99 peratus. Lorong kontra akan dilaksanakan pada waktu puncak bagi mengelak kesesakan lalu lintas di KSAB,” katanya.

Inisiatif perkhidmatan bas antara Forest City-Tuas di Singapura terhasil berikutan potensi dan permintaan untuk menggunakan perkhidmatan bas dari Forest City ke Singapura.

Pada masa ini terdapat 9,000 penduduk di Forest City. Sebahagian daripada mereka berulang-alik setiap hari kerana bekerja di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >