Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kastam M’sia patahkan cubaan seludup rokok RM18.5j yang disembunyi dalam muatan mainan plastik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kastam M’sia patahkan cubaan seludup rokok RM18.5j yang disembunyi dalam muatan mainan plastik

Apr 22, 2024 | 03:07 PM



JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan cubaan menyeludup 22 juta batang rokok putih yang berselindung di sebalik muatan mainan plastik dalam dua kontena, hasil pemeriksaan berasingan di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini.


Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata keseluruhan rokok dianggarkan bernilai RM18.5 juta ($5.26 juta) termasuk cukai itu dikesan dalam 1,839 kotak yang kemudian dirampas.

Dalam kontena pertama yang disita kira-kira 1.40 tengah hari 26 Mac lalu, katanya, pasukannya menemui 924 kotak mengandungi 11.1 juta batang rokok putih bersama 36 kotak mainan plastik.

Hasil pemeriksaan terhadap kontena kedua yang disita kira-kira 10.50 pagi 4 April pula ditemui sebanyak 915 kotak mengandungi 10.9 juta batang rokok putih dijumpai bersama 33 kotak mainan plastik.

“Modus operandi dipercayai membabitkan sindiket penyeludupan yang sama itu ialah berselindung di sebalik kotak pelbagai mainan plastik yang diletak di bahagian depan dekat pintu kontena untuk mengaburi mata penguat kuasa.

“Kotak yang mengandungi rokok putih pula disusun di belakang kotak berisi mainan terbabit. Malah bagi mengelirukan pihak kami, sindiket berkenaan menggunakan kotak sama untuk mengisi kedua-dua jenis barang dagangan itu.

“Nilai rokok disita dianggarkan RM3.6 juta dengan cukai dianggarkan RM14.9 juta. Keseluruhan nilai rampasan rokok berkenaan termasuk cukai ialah RM18.5 juta,” katanya pada sidang media di Menara Kastam di sini pada 21 April, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Sazali berkata kedua-dua kontena itu dipercayai dari Kemboja dan dalam perjalanan ke Mexico sebagai destinasi akhir.

“Pihak terbabit membuat pengikraran tidak benar dalam Borang Kastam 6 yang mana dagangan bagi rokok putih di dalam kedua-dua dua kontena berkenaan tidak diikrarkan, sebaliknya hanya mainan plastik diikrarkan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >