Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerosakan generator punca kompleks kastam di Tambak Johor bergelap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerosakan generator punca kompleks kastam di Tambak Johor bergelap

Dec 07, 2023 | 03:18 PM



ISKANDAR PUTERI: Insiden mengejutkan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor yang mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam bermula 8 malam 5 Disember, didapati berpunca daripada kerosakan generator atau genset.

Kejadian malang yang berlaku di bangunan keselamatan sempadan antara Johor dan Singapura itu disifatkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai memalukan negeri dan tidak sepatutnya berlaku.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” tulisnya di Facebook rasmi beliau pada 6 Disember.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerosakan satu daripada tujuh genset dikenal pasti punca bekalan elektrik di CIQ BSI terputus sehingga 10 pagi 6 Disember.

Encik Mohamad Fazli berkata kerja penyelenggaraan dilakukan oleh TNB bermula pada 8 malam hingga 4 pagi dengan sokongan tujuh genset untuk bangunan CIQ, tetapi satu genset tidak dapat beroperasi dengan baik.

“Kita berdepan masalah bermula jam 11 malam, yang mana bekalan elektrik ketika itu tidak stabil apabila sekejap hidup sekejap mati sebelum genset berkenaan mati sepenuhnya pada jam 2 pagi.

“Bagaimanapun, masalah bekalan elektrik dapat diselesaikan selepas TNB melakukan kerja penyelenggaraan kira-kira 9.30 pagi 6 Disember.

“Walaupun e-gate tidak dapat berfungsi dengan baik ketika bekalan elektrik terputus, sembilan laluan kontra yang dibuka membantu,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 6 Disember 2023.

Encik Mohamad Fazli berkata TNB akan mengkaji bekalan tambahan sumber alternatif untuk BSI, manakala JKR juga akan membaiki genset yang rosak serta pembaharuan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Ia sebagai persediaan awal jika ada kerja membabitkan penutupan bekalan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) dan Stesen Suis Utama (SSU). Ketika ini, bangunan BSI hanya boleh membekalkan 33 kilovolt dari PPU Gerbang Perdana.

“Perkara ini tidak asing kerana bangunan itu memiliki tujuh genset sebagai persediaan, maka kita cadangkan TNB tidak bergantung kepada pembekal utama PPU Gerbang Perdana dan kita minta satu laluan lain untuk bekalan tenaga elektrik ke bangunan itu,” katanya.

Insiden malang itu menyebabkan kesesakan teruk di CIQ BSI dan pekerja yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, perlu melalui proses cop pasport secara manual dalam suasana gelap dan panas.- Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >