Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kes NGO Aman Palestin serius, dana dibeku hingga siasatan selesai: SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes NGO Aman Palestin serius, dana dibeku hingga siasatan selesai: SPRM

Dec 01, 2023 | 11:41 AM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan terhadap akaun Aman Palestin Bhd ketika ini adalah serius kerana membabitkan kepentingan awam.


Justeru, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata desakan untuk SPRM menyahbekukan dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat itu tidak boleh dilakukan sehingga agensi itu selesai siasatan.

“SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini. Dalam isu berkenaan (gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad), SPRM tidak boleh begitu sahaja mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai.

“Ia termasuklah penjelasan diperolehi berhubung penggunaan terhadap derma awam berjumlah jutaan ringgit,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 1 Disember.


Tan Sri Azam berkata siasatan terhadap Aman Palestin perlu dijadikan teladan bagaimana derma awam sedemikian digunakan.

“Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah utama, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam.

“Ia berkemungkinan akan menjadi contoh bagaimana derma awam boleh dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Pada 30 November, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menggesa SPRM membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta ($2.86 juta) daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk Palestin di Gaza.

Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai penderitaan penduduk akan bertambah menjelang musim sejuk, selepas berdepan serangan dan kekejaman Israel.

“Sebelum ini, Aman Palestin menyediakan RM10 juta untuk membantu rakyat Palestin, Yaman, Syria dan Lebanon bagi mengurangkan kesengsaraan mereka, namun malangnya akaun NGO dan syarikat itu telah dibekukan SPRM susulan siasatan ke atasnya,” kata Tun Dr Mahathir.

Pada 22 November, SPRM membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15.9 juta.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober.

SPRM juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain matlamat penubuhan syarikat berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >