Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ketua Pemuda Umno ditahan polis kerana lantang bersuara isu stoking tertera kalimah Allah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ketua Pemuda Umno ditahan polis kerana lantang bersuara isu stoking tertera kalimah Allah

Apr 05, 2024 | 02:37 PM



KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini lantang menyuarakan isu stoking mengandungi kalimah Allah yang dikesan dijual di pasar raya KK Super Mart & Superstore, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Penahanan pada pagi Jumaat, 5 April, itu disahkan beliau di laman Facebook rasminya.


Dr Akmal berkata beliau dipanggil ke IPD Kota Kinabalu untuk memberi keterangan selama dua jam berkaitan satu laporan polis ke atas dirinya di bawah Akta Hasutan yang dikaitkan dengan video ceramah di Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Dr Akmal, yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

Beliau berkata, Dr Akmal ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah, susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini (5 April) walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok (Sabtu, 6 April) di IPD Dang Wangi,” ujar Dr Akmal.

Terdahulu aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mendesak supaya Dr Akmal dan empat yang lain yang didakwa mereka sebagai “dalang peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini”, dilarang daripada memasuki kedua-dua negeri di Borneo itu.

Pemuda Umno sebelum ini memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah Allah itu.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” tulisnya dalam Facebook miliknya pada Jumaat.

Sebelum itu, dalam satu video selama 46 saat, Dr Akmal sempat menyebut no fear, no surrender (tidak takut, tidak akan menyerah) sebelum beredar dengan menaiki kenderaan polis.


Dr Akmal difahamkan tiba di Sabah untuk menghadiri majlis Kembara Ramadan Pemuda Umno Malaysia yang dijadualkan diadakan di Beaufort.

Menerusi hantaran melalui media sosial, Dr Akmal menggesa Pemuda Umno meneruskan kempen boikot KK Super Mart dengan meminta orang ramai memeriksa sama ada pengurusan kedai serbaneka itu sudah menaikkan kenyataan permohonan maaf seperti yang dituntut pergerakan berkenaan.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Pada 16 Mac, KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah itu di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >