Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

KL bandar ke-18 terbaik dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

KL bandar ke-18 terbaik dunia

Jan 30, 2024 | 01:31 PM



PETALING JAYA: Kuala Lumpur mengalahkan bandar besar dunia yang lebih popular seperti Las Vegas untuk menduduki tempat ke-18 dalam senarai 37 bandar terbaik dunia dalam satu tinjauan baru-baru ini.


Dalam tinjauan oleh British Ranking itu, Kuala Lumpur mendahului bandar popular lain seperti Abu Dhabi (ke-21) dan Dubai (ke-31), kedua-duanya di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Las Vegas, sebuah destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan kasino dan hiburan di Amerika Syarikat, menduduki tempat terbawah dalam tinjauan itu, yang dapatannya diterbitkan media British Daily Mail.


Sydney di Australia menduduki tempat pertama, dengan dipuji kerana pemandangannya yang “mengagumkan” dan suasana “bersemangat” dan memperoleh markah sebanyak 88 peratus.

Ia diikuti Cape Town di Afrika Selatan, yang memperoleh 85 peratus dan Chicago di Amerika dengan 84 peratus, lapor The Star.


Bandar Asia lain yang menduduki tempat lebih tinggi daripada Kuala Lumpur termasuk Kyoto, Jepun, di tempat keempat; Singapura di tempat kelima; dan Tokyo, Jepun di tempat kelapan.

Bangkok berada di tempat ke-12 manakala Ho Chi Minh City di Vietnam hanya satu tempat di atas Kuala Lumpur di tempat ke-17.

Antara bandar Asia yang berada di bawah Kuala Lumpur ialah Hong Kong di tempat ke-19, New Delhi (ke-22) dan Hanoi (ke-23).

Tinjauan itu berdasarkan maklum balas daripada 1,800 responden yang memberi respons berdasarkan pengalaman mereka sendiri mengembara dunia di luar Eropah sejak tiga tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >