Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki maut di Kelantan tertimbus tanah ketika gali perigi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki maut di Kelantan tertimbus tanah ketika gali perigi

Apr 16, 2024 | 03:02 PM



PASIR MAS (Kelantan): Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah pada kedalaman 6.1 meter (m) ketika menggali perigi di Kampung Gelam Tok Uban, di sini, pada 6.17 petang 15 April

Mangsa, Encik Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23 tahun, ditemui pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pasir Mas yang turut dibantu orang awam menggunakan jengkaut pada 7.15 malam pada tarikh tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Encik Mohd Azmi Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati terdapat mangsa tertimbus.

“Mangsa yang ditemui disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat, mangsa baru siap menggali telaga berkenaan dan mahu menurunkan gegelung konkrit, namun tebing telaga tiba-tiba runtuh sebelum menimbus mangsa.

“Sepasukan 10 anggota bomba membantu mencari mangsa yang tertimbus selain turut dibantu oleh beberapa penduduk kampung,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Sementara itu, Encik Ahmad Syafiq Mohd Noor, 28 tahun, berkata beliau adalah seorang daripada empat orang awam yang membantu menggali tanah yang tertimbus untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa diupah oleh abang saya untuk menggali perigi di kebunnya dan ia sudah hampir siap, namun tidak menyangka insiden ini berlaku sehingga meragut nyawa penggali yang juga saudara kami.

“Kami cuba sedaya upaya menggali tanah untuk menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum dibantu oleh anggota bomba. Pilu hati saya melihat isteri serta seorang anaknya yang masih kecil menangis melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.

“Arwah dikenali sebagai seorang yang sangat rajin bekerja dan sebelum ini sudah biasa membuat kerja menggali perigi untuk menampung kehidupan dia sekeluarga, namun tidak menyangka dia pergi buat selama-lamanya ketika bekerja,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >