Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Mekanik M’sia ditahan atas percubaan menculik kanak-kanak warga S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mekanik M’sia ditahan atas percubaan menculik kanak-kanak warga S’pura

Dec 20, 2023 | 07:14 PM



JOHOR BAHRU : Polis menahan seorang mekanik berusia 41 tahun kerana didakwa mendalangi kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun, dalam tempoh 24 jam selepas melakukan jenayah itu pada 12 Disember lalu di sepanjang Jalan Serampang di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Johor, Timbalan Pesuruhjaya, Encik M.Kumar berkata, suspek warga Malaysia merupakan rakan kepada bapa anak itu, seorang ahli perniagaan warga Singapura berusia 40 tahun.

Encik Kumar berkata, suspek utama bercadang meminta wang tebusan sejumlah RM300,000 ($85,609) daripada mangsa.

Bagaimanapun, tiada wang tebusan diberikan kepada mana-mana suspek kerana polis berjaya menahan suspek utama pada hari sama kejadian, katanya.

“Suspek utama didakwa semalam (19 Disember) mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

“Kes masih dalam prosiding undang-undang di mahkamah, dan jika sabit kesalahan suspek mungkin berdepan hukuman penjara tujuh tahun.

“Tiga rakan kongsi gelap yang dikatakan dalang berusia 30-an tahun telah dikenal pasti dan usaha memburu mereka sedang dijalankan untuk mencari mereka di tempat persembunyian mereka.

“Bukan pertikaian perniagaan yang mencetuskan cubaan menculik, tetapi tamak dan tidak menghormati undang-undang. Mangsa dan suspek berhubung dengan baik sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Encik Kumar berkata, bapa kanak-kanak itu mengenali suspek selepas menghantar keretanya ke bengkel suspek di Taman Pelangi lebih enam bulan lalu.

Mereka kerap berhubung selepas ahli perniagaan yang juga seorang mekanik itu menyatakan hasratnya untuk membuka bengkel di Taman Pelangi.

Ahli perniagaan itu adalah warga China yang menetap di Singapura dengan status penduduk tetap (PR) hanya dikenali sebagai ‘Lin’.

Suspek utama dipercayai menyewa sebuah kereta berwarna keemasan, dan mengupah tiga rakan.

Pada 12 Disember, ahli perniagaan itu membawa isteri dan dua anak mereka – seorang lelaki dan seorang anak perempuan, untuk melihat lot kedai yang sesuai di sepanjang Jalan Serampang di Taman Pelangi, di mana beliau berhasrat untuk membuka bengkel.

Bagaimanapun, tinjauan itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna keemasan, menculik anaknya dan memaksanya masuk ke dalam kereta, sebelum mereka memecut laju kira-kira jam 4.30 petang.

Semasa ibu bapa budak itu berada di dalam lot kedai, anak-anak mereka berada di luar premis dan sedang bermain di sepanjang laluan.

Anak perempuannya itu tiba-tiba berlari masuk ke dalam premis dan menjerit panik sambil memberitahu abangnya telah diculik.

Ahli perniagaan itu segera melompat masuk ke dalam keretanya dan mengejar. Beliau sempat menghalang kenderaan penculik apabila memotong dan menghalangnya dengan keretanya, di hadapan Hotel Crystal Crown di Taman Century, di sini.

Beliau kemudian bergegas keluar dari keretanya dan menumbuk panel cermin kereta pemandu, yang berkecai disebabkan itu.

Bagaimanapun, penculik yang didakwa merempuh bahagian belakang keretanya sebelum mereka mengundurkan kenderaan, ketika bapa mangsa masih berpaut pada bingkai pintu.

Beliau diseret sejauh beberapa meter, sebelum terlepas cengkaman dan terjatuh. Walaupun mengalami kecederaan parah, bapa kepada dua anak itu, berpaut selagi boleh apabila melihat kelibat tiga yang didakwa penculik dan anaknya yang trauma, di dalam kereta.

Beliau kemudian melompat ke dalam keretanya dan mengejar sebelum kenderaan yang dinaiki penculik yang dipandu laju kemudian gagal dikesannya, yapabila ia membelok mengejut di sebuah persimpangan lalu lintas, melanggar lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, penculik meninggalkan kereta mereka dengan anak kecil itu yang dalam keadaan terkejut di dalamnya, kira-kira tiga kilometer dari persimpangan trafik.

Encik Kumar berkata percubaan menculik itu adalah satu kejadian terpencil, dengan punca utamanya diketahui bapa budak itu.

“Kejadian seperti ini tidak berlaku secara tiba-tiba di Johor, siasatan kami mendapati bapa itu berbaik-baik dengan dalang di sebalik percubaan menculik itu untuk keuntungan kewangan,” katanya.

“Kami tidak mengambil mudah kejadian seperti ini, keselamatan orang ramai, termasuk mana-mana pengunjung di sini, adalah keutamaan kami... sekali lagi ini adalah kes terpencil, dan tolong jangan membuat spekulasi liar dengan konotasi negatif.

“Johor selamat untuk semua, dan siasatan kami kini tertumpu kepada saki baki suspek yang bersembunyi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >