Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia batal rang jerebu rentas sempadan dek ‘sukar dapat maklumat untuk dakwa’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia batal rang jerebu rentas sempadan dek ‘sukar dapat maklumat untuk dakwa’

Nov 07, 2023 | 02:37 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memutuskan tidak meneruskan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, selepas meneliti kewajarannya daripada pelbagai sudut.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia keputusan yang dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan pandangan pakar undang-undang berhubung kesukaran mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pendakwaan.

Beliau berkata bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang tersebut, bukti jelas bahawa jerebu rentas sempadan yang berlaku berpunca dari negara jiran perlu disokong oleh data mencukupi, seperti peta lokasi, koordinat, maklumat pemilik tanah dan syarikat yang beroperasi di lokasi kebakaran.

“Perkara ini membabitkan kerahsiaan, keselamatan dan kedaulatan negara yang menjadi punca jerebu.

“Selain itu, maklumat syarikat berkaitan Malaysia yang beroperasi di negara luar juga sukar diperoleh memandangkan majoriti ekuiti dipegang oleh rakyat tempatan di negara syarikat beroperasi,” kata beliau menerusi satu jawapan bertulis Dewan Rakyat, lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.


Encik Nik Nazmi berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai status peningkatan ketelusan dan keberkesanan dengan Bursa Malaysia dalam usaha membuktikan syarikat Malaysia tidak terlibat dalam jerebu serantau di Indonesia, dan status menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan sebagai langkah membuktikan syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak terbabit dalam kebakaran hutan.

Beliau menambah bahawa pencemaran jerebu rentas sempadan tidak dapat diselesaikan hanya dengan penggubalan undang-undang semata-mata.

Menurutnya, pelbagai pendekatan boleh dilaksana bagi mencegah dan mengurangkan intensiti jerebu rentas sempadan.

“Kementerian sudah merangka strategi, inisiatif, langkah pencegahan serta mengutamakan pendekatan secara diplomasi melalui rundingan dua hala dan pelbagai hala dalam menangani masalah ini.

“Selain itu, kerajaan juga akan meneliti dan menambah baik pelan perhubungan insiden jerebu rentas sempadan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan serta mengelakkan pertikaian yang mengeruhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara jiran,” katanya.

Encik Nik Nazmi berkata kerajaan akan melaksana pendekatan secara holistik melalui hubungan diplomatik yang erat dan kerjasama teknikal.

Ini bagi memantapkan lagi keupayaan antara negara khususnya dalam bidang kajian saintifik dan penggunaan teknologi terkini berkaitan pengurusan tanah gambut serta operasi pemadaman kebakaran.

“Selain itu, Malaysia turut mengadakan kerjasama dua hala dengan Indonesia bagi usaha pencegahan jerebu antara kerajaan dengan pemerintah di bawah kerangka Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan,” katanya.

Encik Nik Nazmi berkata Indonesia menunjukkan komitmen tinggi untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan sejak kejadian jerebu 2015.

Ia melaksana beberapa perkara, antaranya penubuhan agensi khas bagi memulihkan tanah gambut yang telah terbakar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >