Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

M’sia sedia bantu Peru buka pejabat urus sijil halal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia sedia bantu Peru buka pejabat urus sijil halal

Nov 17, 2023 | 04:13 PM



SAN FRANCISCO: Malaysia bersedia memudahkan Peru membuka pejabat bagi pengurusan kemudahan pensijilan halal di negara itu dengan segera.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan komitmen itu kepada Presiden Peru, Cik Dina Ercilla Boluarte Zegarra, dalam pertemuan mereka pada sisi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di San Francisco, California, Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Pada pertemuan itu, Cik Zegarra meminta Malaysia mempertimbang cadangan membuka pejabat bagi membantu kemudahan pensijilan halal di Peru, selain mempelawa perusahaan di Malaysia melawat dan melabur di Peru.

Mengulas pelawaan Cik Zegarra itu, Datuk Anwar mengatakan pensijilan halal Malaysia diiktiraf di seluruh dunia, selain bersetuju memudahkan permohonan Peru itu secepat mungkin.

Berita Harian Malaysia (BHM) pada Jumaat melaporkan nilai perdagangan Malaysia-Peru mencatat peningkatan kepada RM751.77 juta ($216.26 juta) antara Januari dengan Jun 2023.


Ia merupakan peningkatan 12.8 peratus daripada RM666.44 juta dalam tempoh sama pada 2022.

Sementara itu, Datuk Anwar turut berterima kasih kepada pihak berkuasa Peru yang menyelamatkan 43 warga Malaysia mangsa ekploitasi buruh dan pemerdagangan manusia di negara itu baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan 43 warga Malaysia diselamatkan polis di Peru selepas menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang menjalankan penipuan telekomunikasi.

Rakyat Malaysia itu terbabit dalam scam Macau, yang dilaporkan berasal daripada sindiket jenayah di Taiwan dan China yang menyamar sebagai bank atau pegawai awam untuk menipu seseorang supaya mendedahkan butiran perbankan peribadi mereka dan memindahkan wang ke akaun pihak ketiga.


Kumpulan mangsa terbabit diselamatkan selepas serbuan polis ke atas sebuah rumah di La Molina, Lima, Peru, pada 17 Oktober 2023.

Sementara itu, dalam pertemuan Datuk Anwar dengan Presiden Vietnam, Encik Vo Van Thuong, pada acara yang sama pula, dua negara itu bersetuju meningkatkan kerjasama bagi menangani kegiatan penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

“Malaysia mendapatkan kerjasama dan komitmen yang berterusan dari Vietnam dalam usaha memerangi kegiatan penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia,” kata Datuk Anwar, lapor BHM pada Jumaat.

Dua pemimpin itu turut membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa diwujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >