Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pekerja ladang di Perak beri pendatang Rohingya makan sebelum lapor imigresen

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pekerja ladang di Perak beri pendatang Rohingya makan sebelum lapor imigresen

Feb 05, 2024 | 12:41 PM



TAPAH (Perak): Sekumpulan pekerja Indonesia memberi makanan dan minuman kepada 13 tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari, sebelum melaporkan kepada Jabatan Imigresen.


Warga Indonesia, Encik Ali Manto, 42 tahun, berkata beliau dan rakannya melihat tahanan Rohingya itu cuba mendapatkan perlindungan di rumah ladang jambu dekat Kampung Senta, Bidor, Perak, pada 3 Februari petang.

Katanya, mereka dalam keadaan lesu dan kelaparan.

“Kami terus memberi roti dan air. Kami yakin mereka tahanan yang dilaporkan melarikan diri dari depot.

“Kami biar mereka makan dahulu sebelum melaporkan kepada imigresen,” katanya ketika ditemui pada 4 Februari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Encik Ali bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran sejak 10 tahun lalu.

Seorang lagi pekerja yang mahu dikenali sebagai John, 30 tahun, pula berkata pada awalnya tahanan terbabit cuba menipu dengan mengaku sebagai pekerja ladang yang melarikan diri kerana ditipu majikan.

Katanya, beliau sudah mengetahui melalui media massa dan penduduk setempat mengenai tahanan dari depot berkenaan yang melarikan diri

“Mereka tidak banyak bercakap. Mereka kata sudah dua hari tidur dalam hutan,” katanya.

Dalam kejadian pada 1 Februari itu, seramai 131 tahanan dilaporkan lolos dari blok lelaki depot berkenaan.

Setakat ini, seramai 51 tahanan depot itu dapat diberkas semula.

Sementara itu, seorang lagi tahanan pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor itu maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 332.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, pada 4 Februari malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis menerima laporan kejadian terbabit daripada orang awam kira-kira 9.20 malam.

Katanya, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan seorang pejalan kaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >