Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pengurangan subsidi petrol RON95 di M’sia tetap dilaksana pertengahan 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengurangan subsidi petrol RON95 di M’sia tetap dilaksana pertengahan 2024

Apr 18, 2024 | 01:17 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tetap akan melaksanakan pengurangan subsidi petrol pada 2024, dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Rafizi Ramli.


Beliau berkata susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.

“Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).

“Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Pada akhir 2023, Encik Rafizi dilaporkan berkata kerajaan Malaysia akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

Beliau berkata 2024 akan memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan Pangkalan Data Utama (Padu) pada Januari 2024 memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.

Katanya, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Adalah dijangkakan ada ketidakpuasan dan masalah sebaik ia dilaksanakan, tetapi kerajaan tidak mampu kepada pusingan ‘U’ apabila ia dilaksanakan.

“Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya).

“(Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin,” kata Encik Rafizi.

Sebelum ini, firma penyelidik menjangkakan proses dan tempoh masa rasionalisasi subsidi dijangka dilaksanakan secara berperingkat, mengambil isyarat daripada sasaran kerajaan Malaysia untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion ($1.71 bilion) pada 2024, berbanding rekod tertinggi subsidi RON95 dan diesel berjumlah RM41.75 bilion pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >