Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pesawat ringan S’pura terhempas di Selangor, 2 juruterbang maut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pesawat ringan S’pura terhempas di Selangor, 2 juruterbang maut

Feb 13, 2024 | 08:27 PM



KLANG: Polis Selangor mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang terkorban dalam nahas pesawat ringan Singapura model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua mangsa adalah lelaki warga tempatan masing-masing berumur lingkungan 30-an dan 40an, menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM).


Pihak bomba dengan kerja polis dan agensi berkaitan sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari pesawat ringan milik Singapura yang terjunam dan terbenam lebih dua meter di barat Kuala Lumpur pada 13 Februari petang.

Mayat dijangka dapat dibawa keluar dalam tempoh tiga jam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang di Kuala Lumpur pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi, kata CAAM.

Hubungan terakhir antara pesawat itu dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur adalah pada 1.35 tengah hari dan tiada panggilan kecemasan diterima.

CAAM menambah, Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik Kuala Lumpur diaktifkan dengan serta-merta untuk mengesan pesawat tersebut.

Dalam satu video yang dikongsi di media sosial, serpihan dilihat jatuh dari langit.

Catatan video itu menyatakan bahawa dua letupan kedengaran sebelum pesawat itu terhempas ke tanah.

Menurut laman web menjejak penerbangan FlightRadar24, pesawat itu – dengan kod pendaftaran I-POOC – berlepas, terbang ke selatan dan membuat pusingan kanan ke arah barat.

Pesawat itu kemudian naik ke ketinggian 1,725 ​​kaki (220m) dan mengekalkan kelajuan udara sekitar 130 knot (240kmj).

Pada jam 5.35 petang, pesawat itu mula kehilangan altitud, dengan data penerbangan terakhir yang diketahui menunjukkan bahawa ia mencapai kelajuan menegak negatif 4,096 kaki (1,250m) seminit.

Kelajuan menegak ialah ukuran kadar naik atau turun pesawat menurut nilai positif dan negatif yang dikesan.

Bercakap kepada The Straits Times melalui telefon, jurucakap syarikat latihan penerbangan yang berpangkalan di Aviation Safety Technology (AST), yang memiliki pesawat itu, berkata bahawa penerbangan pesawat ringan itu adalah sebagai persediaan untuk Pertunjukan Udara Singapura, yang akan berlangsung dari 20 Februari hingga 25 Februari.

Pada masa kini, AST menyatakan di laman webnya bahawa ia akan memaparkan pesawat itu, antara produk lain, semasa paparan statik di Pertunjukan Udara Singapura.

The Straits Times telah menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kelab Penerbangan Pengembaraan Udara untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >