Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis M’sia tumpaskan sindiket ‘jus dadah’ RM2 juta di Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia tumpaskan sindiket ‘jus dadah’ RM2 juta di Johor

Apr 08, 2024 | 01:10 PM



JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran ‘jus dadah’ dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wanita warga asing.

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Polis M Kumar, berkata ketiga-tiga suspek berusia 32 hingga 51 tahun itu ditahan menerusi dua serbuan berasingan di kediaman sekitar Johor Bahru dan Seri Alam di Pasir Gudang pada 2 April lalu.

Katanya polis turut merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih 13 kilogram (kg) bernilai RM2.218 juta ($630,000).

“Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan kedua-dua rumah sewa sebagai stor simpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini beroperasi sejak Januari lalu dengan memproses semula pelbagai jenis dadah menjadi serbuk jus pelbagai perisa. Setiap satu peket jus dadah ini dijual lebih RM200.

“Jus dadah yang diproses itu kemudiannya dijual kepada pelanggan tetap untuk dijual di kelab malam bagi pasaran tempatan,” katanya lapor Harian Metro.


Menurut Encik Kumar, pelbagai jenis dadah dirampas antaranya, 345 paket ekstasi berperisa serta tiga bekas serbuk ekstasi seberat 13,256 gram bernilai RM2.213 juta, 27 biji pil ekstasi (RM1,670), 1.20 gram ketamin (RM240) dan 24.70 gram syabu (RM2,717).

“Kita turut menyita sebuah kereta, sebuah motosikal, sebentuk cincin emas dan wang tunai berjumlah RM5,300.

“Hasil saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala hasil semakan rekod mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kami giat mengesan dalang serta saki baki ahli sindiket yang dipercayai masih bebas.

“Ketiga-tiga suspek kini dalam tahanan reman selama tujuh hari sehingga 9 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu di Alor Setar, Kedah, polis menahan sembilan lelaki termasuk seorang lelaki warga Thailand yang disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu dalam tiga serbuan berasingan di daerah Padang Terap, pada 4 dan 6 April lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu seberat lebih 20 kg dan 130 kg daun ketum yang dianggarkan bernilai lebih RM730,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >