Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Polis tahan hampir 6,000 orang, rampas 128kg dadah dalam operasi khas serata M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis tahan hampir 6,000 orang, rampas 128kg dadah dalam operasi khas serata M’sia

Feb 02, 2024 | 10:16 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan seramai 5,791 individu termasuk tiga pelajar atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah dalam Operasi Tapis Khas sepanjang tiga hari yang bermula pada 29 Januari 2024 di serata negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata operasi membabitkan lebih 2,200 pegawai dan anggota jabatan itu turut merampas sejumlah 128.3 kilogram (kg) serta lebih 16,000 liter pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM610,071 ($172,273).

Beliau berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 14 hingga 80 tahun dan objektif operasi itu bagi mengesan serta memberkas pengedar dadah melalui sekatan jalan raya.

Ini di samping memusnahkan tempat penagihan dadah, bertindak ke atas penagih tegar, mengesan serta menangkap individu dikehendaki atas kesalahan dadah dan mengambil tindakan pencegahan.

“Mereka yang ditahan antaranya pengedar (534 orang termasuk seorang pelajar), penagih (3,226 orang termasuk empat penjawat awam dan dua pelajar), orang yang dikehendaki (247 orang) dan kesalahan lain iaitu 1,784 orang termasuk empat penjawat awam,” menurutnya dalam kenyataan pada 1 Februari.

Datuk Mohd Kamarudin berkata pihaknya turut menyita pelbagai aset berjumlah RM934,972 termasuk wang tunai RM34,872.31 serta kenderaan bernilai RM876,500 dan barangan kemas RM18,600 selain jam tangan bernilai RM5,000, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM1.55 juta.

Antara dadah yang dirampas termasuk 4.1kg heroin, 4.02kg syabu, 23.7kg serbuk ekstasi dan 8.7kg ganja.

“Dadah yang dirampas mungkin boleh dibekalkan kepada lebih 287,000 penagih,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >