Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rakyat M’sia raih gaji ‘lumayan’ di S’pura, Brunei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakyat M’sia raih gaji ‘lumayan’ di S’pura, Brunei

Feb 19, 2024 | 05:18 PM



Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Brunei dilihat memperoleh pendapatan selesa dengan kira-kira 66.7 peratus tenaga kerja Malaysia di Singapura menerima gaji kasar di antara $1,500 (RM5,330) dengan $3,599 (RM12,780) sebulan.

Dapatan yang diperoleh menerusi kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu juga menyatakan kira-kira 18.5 peratus lagi pekerja Malaysia di Singapura menerima gaji tahap mewah di antara $3,600 dengan $9,999 sebulan.

Bagi yang bekerja di Brunei pula, 41.3 peratus yang bekerja menerima gaji kasar bulanan di antara B$1,000 (RM3,550) hingga B$3,000 (RM10,660) dan 43.5 peratus lagi menerima gaji kasar bulanan di antara B$3,001 dengan B$10,000 sebulan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata jumlah gaji kasar bulanan tertinggi yang direkodkan di Singapura adalah $18,000 dan B$15,000 di Brunei.

Beliau berkata majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Brunei adalah dalam kalangan pekerja mahir atau separuh mahir.

“Di Singapura didapati 39 peratus diaspora (Malaysia) yang bekerja adalah pekerja mahir dan 35 peratus bekerja sebagai pekerja separuh mahir.

“Sebanyak 68 peratus diaspora yang bekerja di Brunei adalah pekerja mahir dan 24.1 peratus bekerja sebagai pekerja separuh mahir.

“Analisis juga mendapati bahawa lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang bekerja dengan kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau setara bekerja sebagai pekerja mahir dan separuh mahir di kedua-dua negara ini.

“Pekerja yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda dan bekerja sebagai pekerja mahir di kedua-dua negara ini pula majoritinya berumur 25 tahun hingga 34 tahun,” katanya dalam satu kenyataan diterbitkan DOSM pada 19 Februari.

DOSM menjalankan dua kajian iaitu Kajian Diaspora Malaysia di Brunei pada 2023 dan Kajian Perlindungan Keselamatan Sosial Rakyat Malaysia Bekerja Di Luar Negara: Singapura pada 2022 dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dalam pada itu, Datuk Mohd Uzir berkata majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Brunei merancang untuk terus berkhidmat di dua negara tersebut.

“Antara faktor utama kenapa rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura atau di Brunei adalah peluang pekerjaan dan persekitaran kerja yang baik, gaji yang lebih lumayan serta kadar pertukaran mata wang Singapura dan Brunei yang tinggi,” katanya.

Singapura dan Brunei mengikat nilai mata wang yang sama di bawah perjanjian Pertukaran Mata Wang (CIA) 1967.

Datuk Mohd Uzir berkata kerajaan Malaysia juga telah menjadikan diaspora sebagai satu perkara yang perlu ditangani di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Beliau berkata berdasarkan dapatan kajian 2022, 38 peratus diaspora Malaysia yang berada di Singapura adalah golongan pekerja, manakala 62 peratus berada di Singapura atas tujuan lain seperti menjalankan perniagaan, menjalani latihan dan penyelidikan, pendidikan atau berkahwin dengan warga Singapura.

Katanya, dapatan kajian 2023 pula menunjukkan 50 peratus diaspora Malaysia di Brunei merupakan golongan pekerja, manakala selebihnya adalah disebabkan faktor sosial seperti berkahwin dengan warga Brunei, mengikut suami yang bekerja atau atas urusan kekeluargaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >