Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rakyat M’sia serbu daftar sistem Padu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakyat M’sia serbu daftar sistem Padu

Jan 03, 2024 | 02:18 PM



KUALA LUMPUR: Selepas dilancarkan pada 2 Januari, sistem Pangkalan Data Utama (Padu) mendapat tumpuan rakyat Malaysia yang mula mendaftar, bagi menyokong usaha kerajaan negara itu memastikan agihan subsidi dibuat dengan lebih teratur dan bersasar.


Rakyat pelbagai lapisan yakin inisiatif baik oleh Kerajaan Perpaduan itu akan dapat menyelesaikan isu ketirisan dan penyelewengan subsidi yang diperuntukkan buat warga Malaysia, daripada dibolot oleh ketamakan pihak tidak bertanggungjawab dan tidak berhak menerima subsidi.

Semasa melancarkan sistem Padu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sistem itu dijangka dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi.

Beliau menambah, pelancaran Padu juga sejajar dengan pendekatan transformasi digital negara dan agar penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Namun, timbul beberapa isu yang menjadi pertikaian rakyat segenap peringkat termasuk kesulitan akses masuk ke laman sesawang Padu, kesukaran menyempurnakan proses pendaftaran serta mengemaskini data dalam Padu, keselamatan data peribadi dan kebimbangan data disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam responsnya menerusi platform X, Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah berkaitan Padu yang dibuka secara langsung pada 2 Januari.

Menurutnya, ketika ini masalah adalah berkaitan pengguna syarikat telekomunikasi (telko) Celcom saja yang tidak menerima kata laluan enam digit (OTP).

“Perkara ini sedang dikendalikan pasukan Padu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKIM),” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 2 Januari.


Beliau turut menafikan dakwaan kononnya proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Padu akan mengambil masa tiga hari.

Encik Rafizi dalam kemas kini Padu di Facebook, berkata setakat 12 tengah hari pada 3 Januari, sejumlah 233,782 pengguna telah berjaya mendaftar Padu dan 71 peratus daripadanya atau 118,115 telah selesai eKYC.

Pada 3 Januari, BHM melaporkan Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, menggesa kerajaan menangguhkan proses pendaftaran Padu sehingga beberapa beberapa kecacatan keselamatan diperbetulkan.


Ahli politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu mendakwa langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran Padu, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu.


Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal Padu serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >