Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sabah di bawah bayu mula rasa ribut pilihan raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sabah di bawah bayu mula rasa ribut pilihan raya

Satu perkara yang ‘kekal biasa’ adalah kerjasama yang tidak kekal dalam politik Sabah
Jan 22, 2024 | 05:31 AM



Sabah digelar sebagai ‘negeri di bawah bayu’ kerana ia terletak di bawah garisan taufan Asia Timur dan tidak dilanda taufan – seperti berlaku di Filipina, di utara Sabah – kecuali beberapa ribut tropika lebih kecil.

Namun negeri itu kini ‘dilanda’ kehangatan pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) yang bakal menjelang.

Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya akan tamat pada Oktober 2025, namun PRN dijangka boleh diadakan lebih awal, khususnya selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, membayangkan bahawa ia mungkin dipercepatkan.

Menyusuli itu, Umno Sabah dan Parti Warisan baru-baru ini melahirkan kesediaan mereka untuk bekerjasama dalam PRN17.

Pemimpin masing-masing, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Shafie Apdal menyatakan kerjasama itu, jika berlaku, akan menentang parti Gerakan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Datuk Hajiji dalam PRN akan datang.

Namun, kerjasama itu dilaporkan tidak disokong pihak dalaman Umno Sabah sendiri, termasuk timbalan ketua Umno Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang lebih gemar parti Melayu itu bekerjasama dengan GRS.

Umno dan Warisan sebelum ini bekerjasama dalam ‘Langkah Kinabalu’ pada awal 2023 dalam cubaan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Hajiji.

Namun bukan sahaja usaha itu gagal, Datuk Bung dipecat sebagai timbalan ketua menteri dan menyebabkan Umno Sabah berpecah apabila ada ahli dewan undangan negerinya (Adun) menyokong Datuk Hajiji.

‘BANTAHAN’ DALAMAN

Memberi pendapatnya mengenai rancangan kerjasama itu, Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah Profesor Lee Kuok Tiung berkata kerjasama Umno dan Warisan masih dalam peringkat rundingan, dan Umno sebenarnya berunding dengan semua pihak termasuk GRS di Sabah, serta belum ada kata putus yang tuntas dalam rundingan terbabit.

“Polemiknya adalah dalam Umno Sabah sendiri ketika ini – ada yang bersetuju dengan rundingan kerjasama dengan Warisan dan ada yang tidak bersetuju. Sekiranya hal ini gagal diselesaikan terlebih dahulu, ia berisiko menyaksikan perpecahan lebih kritikal dalam Umno Sabah.

“Selepas Langkah Kinabalu gagal, kita telah pun saksikan sebahagian Adun mereka meninggalkan Umno, dan ada juga yang masih berada dalam Umno tetapi dengan proksi berlainan.

“Ketika itu, belum ada undang-undang antilompat parti di Sabah, jadi tindakan meninggalkan Umno tidak menjejas Adun yang meninggalkan parti, walaupun bagi Ahli Parlimen (AP), mereka pula terikat dengan antilompat parti persekutuan,” katanya kepada Berita Minggu (BM).


Profesor Lee menambah, sebelum prospek kerjasama Umno Sabah dan Warisan dilanjutkan, perlu diselesaikan polemik dalam Umno Sabah terlebih dahulu.

Katanya, tindakan bekerjasama itu juga diramal bukan mudah memandangkan Warisan merupakan parti serpihan daripada Umno, dengan Datuk Shafie dahulunya merupakan Naib Presiden Umno.

Berkata kepada media pula, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan tiada sebarang pergolakan politik besar di Sabah ketika ini, dan pertemuannya dengan pimpinan Umno Sabah baru-baru ini adalah untuk mengemas kini beberapa kerja politik, terutama penyusunan jentera bagi menghadapi PRN.

Pada masa sama, beliau berkata Umno bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong konsep Madani Kerajaan Perpaduan, dan dengan syarat, kerajaan negeri yang ditubuhkan harus mendapat sokongan daripada rakyat secara majoriti.

TIDAK GENTAR

Sementara itu, Datuk Hajiji sebagai Pengerusi GRS berkata beliau tidak gentar tentang kemungkinan berdepan kerjasama Warisan-Umno pada PRN akan datang.

“Usah gentar. Kami pernah berjaya patahkan usaha menggoncang pentadbiran negeri sebelum ini. Rakyat memberi keyakinan dan sokongan kepada kita. Rakyat mahu maju dan kestabilan politik.

“Bagi saya sama ada dua parti berkenaan mahu bergabung itu hal mereka. GRS mempunyai tanggungjawab yang diberi mandat rakyat mentadbir sehingga tempoh tamat,” kata Datuk Hajiji dalam temu bual dengan Free Malaysia Today (FMT).


BERTUKAR SOKONGAN

Sejarah politik negeri di bawah bayu itu penuh bergelora lagi unik, dan telah berlaku beberapa tindakan bertukar sokongan oleh parti politik setempat sejak berdekad lamanya.

Contohnya, ada dua tiga parti bekerjasama pada satu masa, namun mereka boleh menjadi seteru dalam beberapa bulan atau tahun kemudian.

Begitu juga sebaliknya. Mereka boleh menjadi lawan pada satu masa, namun boleh menjadi kawan dalam beberapa bulan atau tahun kemudian.

Oleh itu, satu perkara yang ‘kekal biasa’ dalam politik Sabah adalah kerjasama yang tidak kekal dalam politik di negeri itu. Penarikan atau pemberian sokongan boleh berlaku pada bila-bila masa dan serta-merta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >