Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tragedi helikopter TLDM: ‘Panggilan terakhir abang’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tragedi helikopter TLDM: ‘Panggilan terakhir abang’

Apr 23, 2024 | 04:26 PM



GEORGETOWN (Pulau Pinang): “Harap semua faham, beri keluarga kami ruang kerana masih terkejut dengan kenyataan ini, sebaiknya biarlah ibu bapa kami yang beri kenyataan.”

Begitu kata, Cik Alia, 27, adik Komander Muhammad Firdaus Ramli, iaitu antara korban nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pada pagi 23 April.

Beliau berkata kejadian yang menimpa abang sulung daripada tujuh beradik itu memberi kesan kepada keluarganya, terutama ibu dan ayahnya, lapor BH Online (Malaysia).


Ibu bapanya tiada di rumah kerana bergegas ke Perak selepas menerima panggilan berhubung nahas itu.

“Beberapa jam sebelum kejadian, abang menghubungi ibu dan ayah untuk bertanya khabar.

“Sudah menjadi rutin setiap hari mesti abang akan telefon ibu dan ayah sebelum dia memulakan tugas dan tak sangka panggilan pagi tadi adalah panggilan terakhirnya.

“Kami tahu mengenai nahas itu menerusi media sosial sebelum terima panggilan daripada kakak ipar yang berada di kem berpangkalan di Sabah antara 9.30 hingga 10 pagi memaklumkan abang antara mangsa terkorban.

“Sebaik menerima maklumat itu, ibu dan ayah serta beberapa ahli keluarga bergegas ke Pangkalan TLDM di Lumut bagi pengecaman mayat dan proses lain,” katanya ketika ditemui di Pantai Jerjak, di sini, pada 23 April.

Cik Alia berkata setakat ini mereka tidak tahu lokasi jenazah akan dikebumikan kerana keputusan itu akan dibuat ibu dan ayah mereka di Lumut.

“Abang seorang yang tegas dan tidak suka menyusahkan adik-beradik. Kali terakhir kami sekeluarga bertemu pada minggu pertama Syawal di pangkalan Lumut, namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan.

“Diharap semua dapat tunggu maklumat lanjut daripada pihak berwajib serta beri ruang kepada kami pada masa ini,” katanya lagi.

Tinjauan di pekarangan rumah mendapati keluarga itu menerima kunjungan ahli keluarga terdekat.

Media sebelum ini melaporkan 10 mangsa, terdiri tujuh kru dan tiga penumpang, maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam satu latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Dua helikopter jenis HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi.


TLDM dalam kenyataannya berkata ia akan membentuk sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >