Program 'Mencari Kristal' merupakan satu usaha sama antara Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dalam pengembangan bahasa dan sastera Melayu di Singapura.

NAC merupakan rakan rasmi bagi Program 'Mencari Kristal'.

Antara tujuan utama program ini adalah untuk mencungkil dan memperhalusi bakat yang baru bertunas, selain mengasah dan mempertajamkan lagi bakat-bakat sedia ada yang kini mekar mahupun yang mapan.

Dalam usaha pemupukan bakat, Berita Harian akan mengadakan satu siri bengkel yang menampilkan barisan karyawan dari pelbagai latar belakang yang akan mengongsi kepakaran dalam aspek:

  • pencernaan idea
  • ketertiban dalam berkarya
  • penghasilan karya
  • penerbitan, dan,
  • pemasaran karya

Program 'Mencari Kristal' berlangsung mulai 1 Jun 2016 sehingga 1 November 2016

Ia terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian Pertama - peraduan menulis cerpen dalam Bahasa Melayu.

Peraduan ini terbuka kepada umum, tanpa mengira usia, bangsa, mahupun latar belakang.

Penyertaan adalah percuma. Tiada yuran dikenakan.

Syarat utama peraduan ini ialah, setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu cerpen sahaja.

Tiga pengadil telah dilantik untuk menilai setiap karya di peringkat saringan.

Seramai 35 individu yang karya mereka dipilih akan berpeluang melangkah ke Bahagian Kedua.

Bahagian kedua - siri bengkel.

Sebanyak enam bengkel khusus diadakan untuk 35 individu yang terpilih.

Bengkel sehari ini akan diadakan seminggu sekali di Bilik Berita selama enam minggu berturut-turut.

Kesemua 35 peserta ini kemudiannya akan menulis sebuah cerpen setiap seorang.

Cerpen-cerpen ini akan dinilai oleh tiga pengadil lain, berbeza dari yang diperkenalkan sewaktu Bahagian Pertama.

Seramai lapan pemenang akan dipilih. Pemenang pertama akan berpeluang meraih hadiah wang tunai bernilai $5,000 dan plak.


'Mencari Kristal' (Finding Crystal) is a talent search program whose objective is to grow the Malay literary scene in Singapore.

The programme, a collaboration between Berita Harian and the National Arts Council (NAC), aims to unearth new talents and provide guidance to creative writers on best practices in the field.

It is divided into two key parts:

One - the short-story writing competition

Two - Talent Development