Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ambil peluang kendali gerai Bazar Kg Glam walau baru mula niaga

Bazar Raya kembali lagi tahun ini dengan lebih gah memandangkan langkah Covid-19 sudah ditiadakan. Beberapa usahawan yang ditemubual BERITA HARIAN berkata mereka bukan sahaja melibatkan diri dalam satu bazar sahaja, tetapi ada yang sehingga tiga bazar untuk memanfaatkan keghairahan pelanggan yang mahu berbelanja sepenuhnya tahun ini. Kami meninjau persediaan yang dilakukan usahawan setempat ini menjelang pembukaan beberapa bazar yang sudah mula beroperasi seminggu sebelum Ramadan.
Mar 11, 2023 | 05:30 AM



PROSES menyediakan hidangan daging lembu barbeku boleh mengambil hampir semalaman, namun ia tidak menghalang Encik Asyraf Ramli untuk mencuba nasib mengembangkan perniagaannya pada Ramadan ini.



Sebelum ini, Encik Asyraf, pengasas gerai Big Paw Paws, pernah mencuba menjual hidangan daging lembu barbeku itu, atau lebih dikenali sebagai 'Texas smoked beef brisket', di pesta makanan halal seperti Twilight, Foodyard dan Celebfest.



Ini meskipun perniagaannya itu baru dimulakan sekitar enam bulan yang lalu.



"Sepanjang tempoh tersebut, kami telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelanggan.



"Jadi peluang untuk menjadi sebahagian daripada bazar Ramadan tahun ini agak sukar untuk dilepaskan dan merupakan satu pengalaman yang amat saya alu-alukan," kata beliau.



Usahawan muda berusia 33 tahun itu bakal mengendalikan sebuah gerai di Bazar Kampong Glam, yang akan berlangsung dari 15 Mac hingga 16 April.



Pengunjung ke bazar itu boleh menikmati hidangan dari 86 gerai makanan di sepanjang Baghdad Street, Kandahar Street dan Sultan Gate akan menjual pelbagai makanan tradisional dan kuih raya serta trak makanan dengan gril yang diadakan di luar.



Selain Bazar Kampong Glam, gerai Big Paw Paws juga akan dibuka di acara CelebFest Ramadan nanti di Suntec City.



Menerusi bazar Ramadan ini, Encik Asyraf berharap beliau dapat memperkenalkan hidangan popular dari Amerika Syarikat itu dan menjual suatu hidangan yang jarang dilihat di bazar atau pesta makanan di sini.



"Saya dapati tidak ramai yang menjual 'beef brisket' di bazar-bazar Raya di sini dan saya ingin mencuba sesuatu yang berlainan.



"Oleh itu, saya mahu cuba hidangkan sebuah makanan 'premium' dengan harga yang lebih berpatutan," tambah beliau, yang mempunyai 22 tahun pengalaman dalam bidang makanan dan minuman (F&B) dan pernah bekerja di Amerika selama setahun.



Memandangkan ini merupakan kali pertama beliau mengendalikan sebuah gerai di bazar Raya, Encik Asyraf akur banyak persediaan perlu dibuat terutama dari segi mengubah menu mereka yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan, lebih-lebih di bulan puasa.



Tidak seperti menu yang dijual di pesta-pesta makanan sebelum ini, kali ini, Encik Asyraf berkata mengolah semula hidangan yang ditawarkan mereka di bazar Raya.



"Kami sedar bahawa makanan kami mungkin bukan sesuatu yang biasa dimakan oleh masyarakat kami terutamanya semasa berbuka puasa.



"Jadi kami cuba untuk mengubah suai menu kami dan menambah beberapa pilihan lain seperti nasi pada set hidangan kami sebagai contoh, dan bukannya hanya menawarkan kentang dipotong baji atau potato wedges dan kentang goreng.



"Dalam pada itu, kami juga akan memperkenalkan Platter Berbuka Puasa Ramadan yang unik dalam menu kami," tambahnya.



Dengan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Encik Asyraf berkata ianya menjadi antara cabaran yang perlu dihadapinya dalam mengendalikan gerai pada bulan Ramadan.



"Seperti yang kita tahu, harga barang semuanya sudah naik, dari harga daging hingga ke harga arang yang kami gunakan untuk memanggang daging kami.



"Namun begitu, saya masih mahu pastikan harga yang kami tawarkan nanti masih kekal berpatutan bagi para pelanggan kami," ujarnya.



Bagaimanapun, Encik Asyraf berharap menerusi bazar Raya ini, ia dapat membantu mengembangkan lagi perniagaannya.



Beliau juga tidak sabar untuk berniaga di samping usahawan lain yang lebih berpengalaman, seperti cef selebriti, Chef Bob, dan pelajari dari mereka.



"Mereka ini sudah ada pengalaman yang mendalam dan telah banyak kali ambil bahagian dalam acara dan pesta makanan, jadi ini adalah kesempatan bagi diri saya juga untuk belajar dari mereka," ujarnya.




BAZAR RAMADAN DI SEKITAR SINGAPURA



'Raikan Cahaya Ramadan' di Kampong Glam



Lebih 100 gerai dikendali, yang terbesar sejak Bazar Kampong Glam pertama diadakan pada 1960-an.



Tarikh: 15 Mac hingga 16 April



Bazar Raya Geylang Serai



Lebih 700 gerai beroperasi pada bazar tahun ini.



Tarikh: 17 Mac hingga 21 April



Bazar Raya Utara



Sekitar 120 gerai menjual makanan dan keperluan Raya serta beberapa 'food truck' bersebelahan Causeway Point.



Tarikh: 21 Mac hingga 19 April



Bazar Ramadan Jurong Central



Sekitar 40 hingga 50 gerai menjual makanan dan kuih Raya.



Tarikh: 23 Mac hingga 19 April



Bazar Ramadan Tampines Changkat



10 gerai makanan yang dikendalikan penduduk Tampines sendiri.



Tarikh: 23 Mac hingga 19 April



Bazar Our Tampines Hub



Sekitar 50 gerai termasuk yang dikendalikan beberapa kedutaan termasuk Jepun, Jordan dan Indonesia.



Tarikh: 1 April hingga 19 April




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >