Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Apa rahsia Angeline Jolie cantik dan cergas

Aug 23, 2023 | 05:30 AM



Pelakon Hollywood Angelina Jolie disegani kerana aktivis kemanusiaannya namun beliau sentiasa mendapat perhatian dunia kerana penampilan.

Di sebalik kesederhanaannya, beliau tetap kelihatan menawan.

Angelina sering memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kecantikan luaran dan dalaman khususnya kepada kaum wanita.

Kecantikan Angelina pada usia 48 tahun seakan tidak pudar biarpun telah menjalani pembedahan bagi mengelak barah yang dihidapi ibu dan ibu saudaranya.

Berikut empat rahsia awet muda Angelina.

Rejim senam

Dipetik daripada Sportskeeda, Angelia dikatakan mula aktif bersenam sejak membawa watak sebagai Lara Croft dalam filem ‘Tomb Raider’ pada 2001.


Sehingga kini, beliau konsisten melakukan senaman sekurang-kurangnya lima kali seminggu, selama dua jam setiap hari.

Angelina biasanya memulakan harinya dengan melakukan yoga pada waktu pagi diikuti dengan beberapa siri sukan atau kegiatan fizikal lain.

Beliau melakukan HIIT (high intensity interval training) atau latihan sukan intensiti tinggi, latihan litar, pilates dan kickboxing.


Pemakanan rendah kalori

Selain rajin bersenam, bekas isteri pelakon Brad Pitt itu juga menjaga pemakanannya.

Angelina lebih gemar memilih makanan berkhasiat untuk tubuhnya seperti yang kaya protein, antioksidan, asid lemak omega-3, serat, karbohidrat kompleks dan rendah kalori.

Minum banyak air

Bagi mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit pula, Angelina mengamalkan minum banyak air yang dicampur dengan jus lemon.

Beliau juga mengehadkan pengambilan makanan ringan, alkohol, makanan tinggi gula dan garam serta bahan-bahan lain yang berpotensi menyerap air daripada tubuh.

Kerap makan dalam jumlah yang sedikit

Seterusnya, Angelina turut membahagikan makanannya kepada empat hingga enam bahagian kecil setiap hari dan bukannya terus mengambil makanan yang banyak.

Cara itu dapat mengelakkan makan secara berlebihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >