Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bila boleh jamak solat dalam negeri

Nov 29, 2013 | 07:00 AM



JAMAK ialah menggabungkan dua solat pada satu waktu seperti berikut:


mengumpulkan zuhur kepada asar


mengumpulkan asar kepada zuhur


mengumpulkan maghrib kepada isyak


mengumpulkan isyak kepada maghrib


Perkara 1 dan 3 dinamakan jamak takhir, sementara 2 dan 4 jamak takdim.


Jamak berbeza daripada qasar solat, iaitu memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat.


Jamak dan qasar boleh bergabung dan boleh terpisah, iaitu seorang boleh menjamak solat tanpa qasar, mengqasarkan solat tanpa jamak dan menjamak dan mengqasarkan solat secara gabungan.


Yang masyhur jamak dan qasar dilakukan ketika seseorang dalam pelayaran.


Ulama, kecuali dalam mazhab Hanafi, membolehkan jamak dalam negeri.


Dalil mereka ialah hadis daripada Ibn Abbas yang melaporkan: "Nabi saw pernah menjamak solat zuhur dan asar, begitu juga maghrib dan isyak di Madinah bukan kerana takut atau hujan."


Apabila Muawiyah ra bertanya apakah sebab Nabi melakukan jamak sedemikian, Ibn Abbas menjawab: "Baginda saw tidak mahu memberatkan umatnya." (Riwayat Muslim).


Berdasarkan dalil ini, dapat difahami bahawa sebab asas yang membolehkan solat jamak ialah kepayahan yang menghalang mendirikan solat dalam waktumya.


Namun, ulama berbeza pendapat dalam menetapkan secara khusus bentuk kepayahan yang membolehkan jamak dalam negeri.


Antara bentuk kepayahan yang disebut ulama dalam kitab-kitab klasik, misalnya yang dinukil Syeikh Wahbah Al-Zauhayli, ialah hujan lebat, sakit, menyusukan anak, tidak boleh terkena air, istihadhah (darah yang keluar bukan pada masa haid atau nifas) dan kepayahan perkerjaan.


Kaedah fiqah banyak membantu ulama kontemporari dalam menangani masalah masa kini yang tidak berlaku pada masa lampau.


Antaranya ialah 'kepayahan membawa kemudahan' dan 'darurat membolehkan yang terlarang'.


Kaedah fiqah ini menyatakan bahawa agama Islam memberi kemudahan atau kelonggaran (rukhsah) di dalam kepayahan yang dihadapi umat.


Jamak antara kemudahan itu.


Namun, ulama menasihati agar bertakwa dan adil dalam memanfaatkan sesuatu rukhsah kerana kepayahan sesuatu yang subjektif dan berbeza-beza.


Dalam syarak, kepayahan yang diakui hingga membolehkan rukhsah dalam soal jamak dalam negeri ialah yang menghalang secara mutlak pelaksanaan kewajiban.


Soalan 1:


Jika anda mempunyai kuasa merancang jadual pergerakan bas bagi membolehkan solat dalam waktu, hendaklah anda melakukannya.


Jika tidak, anda boleh menjamak solat.


Soalan 2:


Rancanglah masa dan perjalanan dengan baik, termasuk dengan mengambil kira kemungkinan lalu lintas sesak, demi memastikan segala tanggungjawab, termasuk solat, dapat dilaksana.


Saya juga ingin menasihatkan agar kita sediakan keperluan solat, seperti sejadah dalam kenderaan, supaya dapat singgah di mana-mana tempat bersih dan sesuai untuk melaksanakan solat. Terdapat juga aplikasi telefon bagi menunjukkan kiblat.


Sekiranya terperangkap juga dalam kesesakan yang tidak memungkinkan kita keluar, bolehlah ketika itu berniat jamak takhir.


Pilihan lain yang boleh dipertimbangkan ialah solat dalam kenderaan jika situasi membenarkan, umpamanya kenderaan tidak boleh bergerak lama dan membolehkan solat ringkas dilakukan.


Abdullah bin Amr berkata: "Aku melihat Nabi saw mengerjakan solat di atas kenderaannya dengan menghadap ke arah kenderaannya sedang bergerak." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Soalan 3:


Bagi majlis walimah, saya berpendapat tiada sebarang halangan untuk mendirikan solat pada waktunya.


Keluarga pengantin boleh mengatur jadual dan bergotong-royong agar semua yang terlibat dalam majlis itu dapat mendirikan solat.


Majlis walimah ialah suatu majlis baik, namun usaha baik tidak akan berjaya kecuali dengan bergantung pada Tuhan.


Mudah-mudahan dengan menjaga solat Allah akan mempermudah dan melancarkan segala urusan kita.


Ustaz Taufiq penganalisis penyelidikan kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratanam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Beliau berkelulusan bidang syariah dari Universiti Al-Azhar dan sedang menamatkan pengajian sarjana di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).


USTAZ TAUFIQ RADJA NURUL BAHRI


SOALAN


Apakah hukum menjamak solat di dalam negeri, seperti dalam kes berikut?


pemandu bas bergerak dari pusat pertukaran bas sebelum maghrib dan pasti sampai ke pusat tukaran bas lain selepas isyak;


terperangkap dalam kesesakan lalu lintas


teruk semasa memandu;


sibuk melayan tetamu dalam majlis walimah. BERSAMA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >