Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buku-buku bergambar bahasa ibunda berjiwa SG kian banjiri pasaran

May 09, 2022 | 05:30 AM



BUKU-BUKU bergambar tempatan untuk kanak-kanak dalam bahasa ibunda mereka telah muncul di pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan harapan pengarang tempatan dapat menggalak kanak-kanak membaca selain bahasa Inggeris.



Perkara yang unik tentang buku-buku ini ialah ia dipaparkan dalam konteks tempatan, dengan bahasa dan senario yang biasa dilihat kanak-kanak prasekolah lapor akhbar The Straits Times (ST).



Pengendali prasekolah NTUC First Campus (NFC) telah menghasilkan 62 buku bahasa Cina sejak 2017, menggambarkan kehidupan seharian.



Ia mengandungi gambar pemandangan seperti flat HDB, stesen tukaran bas dan pasar, serta daya tarikan seperti Gardens by the Bay dan Marina Bay Sands.



Beberapa buku yang telah digunakan oleh kanak-kanak di 146 pusat My First Skool NFC sebagai sebahagian daripada program membaca mereka, boleh didapatkan di kedai buku seperti Popular.



Sebelum menghasilkan kandungan bacaannya, NFC memperolehi bahan-bahan tersebut dari luar negara seperti China ataupun Taiwan, kata Dr Connie Lum, pengarah kurikulum bahasa ibunda dan pembangunan profesional NFC.



"Tetapi kami menyedari bahawa konteks beberapa buku adalah berbeza. Contohnya, ia mengandungi perkataan yang tidak biasa digunakan di Singapura," tambahnya.



NFC mahu mencipta sumber untuk kanak-kanak prasekolahnya belajar dan menggunakan bahasa Cina dalam kehidupan seharian mereka dengan menggunakan bahan interaktif dan relevan, katanya.



Jadi bersama dengan buku yang dihasilkan, 11 pakar kanak-kanak dari jabatan pembangunan kanak-kanak NFC telah menulis 45 lagu Cina dan mereka bentuk alat bantu mengajar serta permainan yang boleh digunakan sewaktu mengajar.



Salah satu siri itu telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan bahasa Tamil pada 2018, dan NFC berharap untuk melakukan perkara yang sama untuk lebih banyak buku.



Dua lagi siri dalam bahasa Cina - mengenai numerasi dan sains - sedang diusahakan.



Buku-buku ini mempunyai ayat pendek dan fokus pada teknik mengulang untuk membantu kanak-kanak mengenali perkataan dan mengembangkan keyakinan membaca mereka.



"Buku-buku ini kaya dengan ilustrasi dan ini sangat penting untuk kanak-kanak kerana kami menggunakan gambar untuk menarik minat mereka terlebih dahulu, supaya mereka tahu konteks cerita," kata Dr Lum.



Sementara itu, Yayasan Masyarakat PAP (PCF) menerbitkan 20 buku bahasa ibunda - kebanyakannya dalam bahasa Melayu dan Tamil - tahun lalu. Enam lagi buku akan disiapkan tahun ini.



Cik Angela Yang, timbalan pengarah pembangunan profesional dan pendidikan PCF, berkata mereka memang sengaja menghasilkan lebih banyak buku dalam kedua-dua bahasa ini, kerana buku yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dalam kedua-dua bahasa agak terhad.



Beliau juga mahu guru-gurunya mempunyai lebih banyak sumber pengajaran dalam bahasa Melayu dan Tamil. Buku-buku tersebut ditulis oleh pakar bahasa ibunda PCF dan digunakan sebagai sebahagian daripada kurikulum prasekolahnya.



Pada masa ini, tiada rancangan untuk buku-buku itu dijual kepada orang ramai.



Kata Cik Yang: "Kami percaya bahawa masa terbaik untuk meletakkan asas yang kukuh untuk pembelajaran dwibahasa adalah semasa tahun-tahun awal kehidupan kanak-kanak.



"Untuk menyemai minat kanak-kanak, buku itu menyertakan senario-senario yang biasa dilihat, termasuk ikon popular seperti Merlion."



Watak-watak di dalam buku juga memakai pakaian seragam PCF Sparkletots supaya kanak-kanak boleh mengaitkan diri mereka, tambahnya.



Penerbit buku juga telah melihat lebih banyak permintaan untuk buku terbitan tempatan dalam bahasa ibunda untuk kanak-kanak.



Encik Tan Kwang Liang, yang mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan enam tahun, berkata dia menyedari bahawa taraf bahasa Cina anak perempuannya yang pertama bertambah baik selepas dia menghabiskan masa membaca di sekolah.



Pengurus operasi berusia 40 tahun itu berkata: "Dia boleh mengenali perkataan dalam bahasa Cina dan kami boleh berbual ringkas dalam bahasa itu."



Anak perempuannya menghadiri pusat penjagaan kanak-kanak sepenuh hari di My First Skool NFC di Fernvale.



Walaupun membaca itu penting, kata Encik Tan, anak-anaknya tidak secara semula jadi tertarik kepada buku dalam bahasa ibunda mereka.



"Kami mempunyai lebih banyak buku ringkas dalam bahasa Inggeris yang diberi oleh rakan-rakan dan keluarga, dan buku Cina yang kami miliki tidak begitu sesuai untuk peringkat prasekolah," katanya.



Dengan mempunyai lebih banyak buku dalam bahasa Cina untuk kanak-kanak, yang mengandungi tempat dan kandungan yang mereka biasa lihat, akan membantu mencetuskan minat dan rasa ingin tahu tentang bahasa itu, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >