Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

WACANA

Cabaran dan peluang tarik lebih ramai bukan PMET tingkat kemahiran

PENULIS TAMU
Dec 24, 2023 | 05:32 AM



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pemerintah Singapura telah menjadikan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula pekerja sebagai pusat dasar tenaga kerjanya.

Berlatar belakangkan perubahan teknologi yang pesat dan globalisasi, pekerja tidak boleh lagi hanya bergantung kepada pendidikan dan kemahiran yang diperolehi daripada pra-pekerjaan tahun-tahun persekolahan mereka untuk kekal relevan dalam kerjaya mereka.

Sebaliknya, Revolusi Perindustrian Keempat sekarang ini menuntut pekerja meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dan terus menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran pekerjaan.

Bagi Singapura, pembelajaran sepanjang hayat bukan sekadar keperluan ekonomi; ia juga merupakan satu kemestian sosial. Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) di sini memberi peluang kepada semua pekerja – dan bukan Kadar pengangguran bertambah baik merentas semua kumpulan pekerjaan, dengan kadar bagi pekerjaan bukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) merosot lebih ketara, daripada 4.4 peratus pada 2022 kepada 3.6 peratus pada 2023.

Bukan PMET dalam Tenaga Kerja

Golongan bukan PMET merangkumi sekitar 36 peratus daripada tenaga kerja pemastautin pada 2022. Ketika pandemik Covid-19, sebahagian besar bukan PMET kehilangan pekerjaan kerana kebanyakan mereka berada dalam industri yang terjejas teruk akibat penutupan ekonomi, seperti penginapan, peruncitan perdagangan, dan perkhidmatan makanan dan minuman.

Meskipun kadar pengangguran meningkat untuk kedua-dua PMET dan bukan PMET, kumpulan kedua lebih teruk terjejas.

Bagaimanapun, data Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan bahawa golongan lebih rendah daripada bukan PMET dalam sektor swasta, telah diberikan latihan berstruktur oleh majikan mereka dari 2010 hingga 2021, berbanding PMET.

Soalnya, bagaimanakah kita boleh menggalakkan penyertaan latihan yang lebih besar dalam kalangan bukan PMET?

Landskap CET Singapura telah dipertingkatkan di bawah SkillsFuture, sebuah gerakan nasional untuk memberi semua rakyat Singapura peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya dan menggalakkan penguasaan kemahiran sepanjang hayat.

Sebanyak 34 pusat CET telah ditubuhkan, menawarkan kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja Singapura (WSQ) untuk pelbagai industri.

Namun begitu, pemimpin tiga pihak bersetuju bahawa pekerja Singapura secara amnya memerlukan lebih banyak bantuan untuk mengenal pasti kemahiran yang mereka kurang, dan kelayakan yang diperlukan.

Penyelidikan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) 2022 mendapati bahawa pekerja yang mempunyai jurang kemahiran tidak dilihat oleh majikan sebagai keutamaan utama untuk latihan, berbanding pekerja yang berpotensi tinggi.

Dalam kajian NTUC yang lain, pekerja melaporkan kekurangan sumber kewangan dan masa sebagai halangan utama untuk menghadiri latihan yang dimulakan sendiri.

Ini bukan bermakna pemerintah tidak mempunyai program khusus yang menyasarkan pembangunan kemahiran bukan PMET.

Salah satu daripadanya, Model Gaji Progresif (PWM), mengaitkan kenaikan gaji dengan peningkatan kemahiran dan produktiviti untuk pekerja bergaji rendah dalam sektor terpilih, memetakan laluan kerjaya dan latihan yang jelas untuk mereka.

Bagaimanapun, PWM hanya diwajibkan dalam sektor pembersihan, keselamatan dan landskap di mana pemerintah mempunyai kuasa kawal selia ke atas pelaksanaannya, melalui pelesenan syarikat.

Kajian kes di Denmark dan Norway

Meneliti pengalaman Denmark dan Norway, yang terkenal dengan penyertaan pembelajaran golongan dewasa yang tinggi, memberikan pandangan tentang model latihan bukan PMET yang berjaya.

Kedua-dua negara mendapat markah melebihi purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dalam tinjauan kemahiran dewasa 2016 untuk semua pekerja mereka, berprestasi lebih baik daripada Singapura.

Di Denmark, pemberian CET kepada bukan PMET disesuaikan berdasarkan pengalaman bahawa mereka jarang mendapatkan latihan sendiri, mempercayai majikan akan menghubungkan mereka dengan kursus berkaitan.

Perunding pendidikan dalam kesatuan sekerja Denmark memainkan peranan utama dalam mengenal pasti keperluan latihan pekerja berdasarkan permintaan industri.

Sistem pendidikan dewasa Norway mengiktiraf kemahiran yang diperoleh daripada pembelajaran formal dan tidak formal, dengan pusat kemahiran ditubuhkan untuk mendokumentasikan kecekapan tersebut. Proses dokumentasi termasuk pelbagai ujian seperti kaedah berasaskan dialog dan penilaian portfolio, menawarkan fleksibiliti kepada bukan PMET.

Peluang latihan untuk bukan PMET

Lebih banyak lagi boleh dilakukan di Singapura untuk membolehkan latihan boleh diakses oleh seramai mungkin bukan PMET, dengan penglibatan industri dan rakan kongsi pergerakan buruh.

Lima cadangan disenaraikan untuk mewujudkan persekitaran dasar yang lebih kondusif untuk latihan bukan PMET.

Pertama, seperti dalam contoh Denmark, perlu ada mekanisme di Singapura yang membolehkan permintaan industri untuk kemahiran khusus disalurkan dengan cekap kepada sistem pendidikan supaya semua pekerja tahu kemahiran mana yang diperlukan dan boleh dilatih.

Singapura mengambil langkah baru ke arah ini melalui pelantikan Penyepadu Keterampilan Pekerjaan (JSIT) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023. Untuk memastikan JSIT akan memberi manfaat kepada bukan PMET, program ini perlu diperluaskan kepada sektor lain dengan nisbah bukan PMET yang tinggi.

Kedua, PWM harus diperluaskan ke sektor lain dan kumpulan pekerjaan di Singapura, dan diwajibkan melangkaui bidang pembersihan, keselamatan dan industri landskap

Ekorannya lebih banyak perlu dilakukan untuk mempromosikan ‘sumber terbaik’ iaitu syarikat memberikan kontrak perkhidmatan berdasarkan prestasi dan kualiti, bukannya sekadar pada harga. Pokok pangkalnya ialah berapa banyak yang sanggup dibayar oleh rakyat Singapura untuk kos sebenar perkhidmatan berkualiti dan menyokong gaji yang adil.

Ketiga, latihan harus disesuaikan dan disasarkan kepada bukan PMET dengan mengambil kira gaya pembelajaran mereka, keperluan untuk jadual yang fleksibel dan pemerhatian bahawa mereka jarang mencari latihan sendiri.

Singapura membuat kemajuan dalam bidang ini dengan pengenalan baru-baru ini Program Pengiktirafan Kemahiran Tempat Kerja (WPSR) yang membolehkan pekerja belajar sambil bekerja dan kemahiran mereka diperakui oleh penilai.

Lebih banyak syarikat harus digalakkan untuk menyertai program ini, dan ujian berbeza perlu diperkenalkan untuk menjadikan latihan lebih menarik kepada bukan PMET.

Keempat, kesatuan sekerja Singapura boleh memainkan peranan yang lebih kukuh dalam menyokong keperluan latihan bagi bukan PMET, seperti yang dilaksanakan di Denmark.

Contohnya, kesatuan sekerja kita boleh bekerja dengan syarikat untuk mendapatkan profil kemahiran dan kerjaya pekerja bukan PMET, dan menyampaikan maklumat kepada ekosistem latihan dan penempatan NTUC untuk tujuan analisis.

Yang penting, pekerja berjawatan dan biasa perlu diwakili dalam Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) NTUC dan dasar sumber manusia yang diformalkan harus secara jelas menyeru peningkatan kemahiran bukan PMET.

Kelima, Pergerakan Buruh Singapura boleh bekerjasama dengan majikan dan pemerintah bagi menubuhkan program bimbingan untuk bukan PMET yang membolehkan mereka mendapat bimbingan peribadi untuk menzahirkan aspirasi kerjaya mereka, dan melakar kemahiran serta keperluan latihan. Inisiatif ini boleh dicontohi pada Program Mentor LIT (Pembelajaran Dicetuskan) oleh NTUC Muda dan disokong oleh program Mentoring SG negara.

Saranan-saranan yang diajukan menggariskan keperluan pendekatan holistik dan mengikut kesesuaian untuk mewujudkan persekitaran dasar yang lebih kondusif bagi latihan bukan PMET. Akhir sekali, prasyarat penting untuk kejayaan pelaksanaan saranan ini ialah hubungan kerja yang baik antara rakan kongsi tiga pihak dalam menyokong gaji pekerja, kebajikan dan prospek kerjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >