PERKARA 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan, namun Malaysia mengamalkan undang-undang sekular (jenayah dan sivil), selain undang-undang syariah khusus untuk rakyat beragama Islam.
Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, hasil peninggalan penjajah British manakala undang-undang tertinggi adalah Perlembagaan Malaysia. Pelaksanaan dan hubungan antara undang-undang sekular dan syariah agak rumit dan ada kalanya menimbulkan ketidaktentuan.