Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dasar luar Turkey condong ke Barat

Langkah pentadbiran Erdogan untuk pulihkan ekonomi, tarik pelabur
Jul 24, 2023 | 05:30 AM



ANKARA/ISTANBUL: Selepas memesongkan Turkey daripada sekutu Barat, Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan telah menukar taktik dengan langkah berani yang tentunya menggembirakan Amerika Syarikat tetapi dalam masa yang sama mengecewakan Russia.


Pemulihan hubungan itu dilihat sebahagiannya bertujuan untuk memulihkan kemelesetan ekonomi negaranya dan meningkatkan pelaburan asing.

Pemikiran semula dasar luar Turkey adalah sebahagian daripada penyusunan semula lebih luas yang dibuat Encik Erdogan enam minggu selepas pemilihan semulanya.

Beliau juga telah mengubah haluan dalam ekonomi, membalikkan dasar kewangan yang didakwa menyebabkan inflasi melanda Turkey dan kejatuhan mata wangnya.

Hubungan Encik Erdogan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah menjejas hubungan Turkey dengan dunia Barat, sekutu tradisionalnya, selama bertahun-tahun, di samping faktor lain termasuk kebimbangan terhadap pemerintahannya yang dikatakan semakin autokratik.

Tetapi persetujuan Encik Erdogan pada Isnin untuk Sweden menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) – satu langkah yang ditentangnya selama berbulan-bulan – disambut baik oleh pemimpin Barat yang telah berusaha untuk mengukuhkan pakatan itu susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Nada hangat itu berbeza dengan respons Moscow minggu lalu apabila Ankara membenarkan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy membawa pulang lima komander Ukraine yang telah ditahan di Turkey di bawah syarat perjanjian pertukaran tahanan.

Mengecam tindakan itu sebagai melanggar perjanjian yang diuruskan oleh Turkey, Moscow berkata, Ankara telah berjanji untuk mengekalkan komander di Turkey dan mengadu bahawa ia tidak dimaklumkan mengenainya.

Penganalisis percaya langkah Encik Erdogan – termasuk mengisytiharkan sokongannya untuk Ukraine menyertai Nato – bukanlah satu kebetulan.

“Terdapat persepsi dalam beberapa tahun kebelakangan ini bahawa hubungan Turkey-Russia telah melampaui batas. Ini menunjukkan keseimbangan semula yang jelas,” kata Encik Galip Dalay dari badan pemikir Chatham House.

Salah satu motivasi utama ialah usaha Turkey untuk keluar daripada kemelesetan ekonominya dan meningkatkan kemasukan pelaburan asing, tambah Encik Dalay, sambil menyatakan bahawa hubungan yang tegang dengan Barat telah melembapkan ekonomi dan aliran pelaburan.

Meskipun Turkey telah mula menarik pelaburan Arab Teluk, lebih banyak masih diperlukan, ujarnya.

“Turkey tidak mahu hubungan Turkey-Russia terjejas teruk tetapi ini sudah pasti akan memberi kesan kepada hubungan. Selepas pilihan raya Erdogan berasakan beliau kini mempunyai lebih banyak ruang untuk bergerak,” tambahnya.

Pejabat komunikasi presiden Turkey tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Jet pejuang F-16, perjalanan bebas visa

Sehari selepas Ankara memberi lampu hijau kepada Sweden untuk menyertai Nato, Washington berkata ia akan meneruskan penjualan jet pejuang F-16 kepada Turkey selepas berunding dengan Kongres.

Pada Oktober 2021 Turkey berkata ia mahu membeli pesawat pejuang dan hampir 80 peralatan bagi memodenkan pesawat-pesawat perang sedia ada.

Kedua-dua pegawai Turkey dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden telah menolak sebarang andaian bahawa kelulusan Ankara untuk Sweden menyertai Nato dikaitkan dengan penjualan F-16 dalam perbincangan berbulan-bulan untuk menangani pembangkang Turkey.

Seorang pegawai kanan Turkey memberitahu Reuters bahawa Turkey tidak akan memutuskan hubungannya dengan Russia sambil memperbaiki hubungan dengan Barat.


Menurutnya, Barat perlu menyokong Turkey dalam keperluan kewangannya.

Hubungan Encik Erdogan dengan Encik Putin meningkat dalam diplomasi melibatkan peperangan di Ukraine, membantunya menjadi broker perjanjian untuk memastikan eksport bijirin selamat dari pelabuhan Ukraine di Laut Hitam.

Tetapi perjanjian itu, yang Moscow ancam untuk menghentikannya kerana dakwaan Barat telah mungkir janji untuk menghapuskan halangan terhadap eksport bijirin dan baja Russia, tamat pada 17 Julai.

Jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, berkata pada Isnin bahawa tiada rancangan untuk Encik Putin berbincang dengan Encik Erdogan bagi memperbaharui perjanjian itu, dan tidak segera diketahui bila Encik Putin akan melawat Turkey.

Ankara telah menjadi penting kepada Moscow kerana Encik Erdogan enggan menyertai sekatan Barat terhadap Russia berhubung pencerobohan Ukraine. Penerbangan dan perdagangan tetap diteruskan.

Moscow juga penting kepada Ankara sebagai rakan dagangan dan sumber utama hasil pelancongan dan ia juga sedang membina loji tenaga nuklear pertama Turkey.

Menjelang pilihan raya presiden Turkey pada Mei, Moscow turut membenarkan Ankara menangguhkan sehingga $4 bilion bil import gasnya buat kali pertama tahun ini dan sekali gus mengurangkan tekanan terhadap rizab mata wang yang semakin berkurangan.

Kremlin berkata ia berhasrat untuk membangunkan hubungan dengan Turkey “di sebalik semua perselisihan faham”.

“Turkey boleh berorientasikan ke arah Barat dan kita tahu bahawa dalam sejarah Republik Turkey terdapat tempoh orientasi sengit ke arah Barat, terdapat tempoh orientasi yang kurang sengit,” kata Encik Peskov.

“Tetapi kita juga tahu bahawa... tiada siapa yang mahu melihat Turkey di Eropah, maksud saya orang Eropah. Dan di sini rakan kongsi Turkey kami juga tidak boleh memakai cermin mata berwarna merah jambu,” tambahnya.

Tawaran Turkey untuk menyertai Kesatuan Eropah telah dibekukan selama bertahun-tahun selepas rundingan keanggotaannya dimulakan pada 2005.

Penganalisis percaya bahawa kemudahan perjalanan tanpa visa untuk warga Turkey, Encik Erdogan mahu pengaturan perdagangan yang lebih rapat dengan EU, walaupun keanggotannya kekal sebagai prospek yang jauh, dikaitkan dengan kemajuan dalam demokrasi dan isu-isu lain. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >